• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

22 Pati Didakwa Di Mahkamah Sesyen Teluk Intan

oleh Ahmad Albab
13/07/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TELUK INTAN – Dua puluh dua pendatang asing tanpa izin (PATI) dari tiga negara didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah.

Kesemua mereka yang ditangkap Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) susulan Ops Mega E-Kad pada 1 Julai lalu, berusia antara 18 hingga 45 tahun membabitkan 19 warga Myanmar, dua Nepal dan seorang Indonesia.

Hakim Norita Mohd Ardani menetapkan 25 Julai ini sebagai tarikh sebutan semula untuk 21 tertuduh bagi mendapatkan jurubahasa Myanmar dan Nepal.

Seorang tertuduh warga Indonesia, Krismanto, 24, dijatuhi hukuman penjara sebulan dari tarikh tangkapan selepas mengaku bersalah kerana tinggal lebih masa.

Dia ditangkap di sebuah tapak pembinaan di Menglembu, Kinta, lebih kurang 11.20 pagi, 1 Julai lalu. setelah Pas Lawatan (Kerja Sementara) didapati tamat tempoh pada 11 Mei lalu,

Kesemua PATI didakwa mengikut Seksyen 6(1)(c), Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak mempunyai dokumen perjalanan sah dan Peraturan 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963.

Mereka ditahan dalam operasi 1 Julai di beberapa lokasi sekitar Perak susulan tamatnya pendaftaran program kad sementara Enforcement Card (E-Kad).

Pendakwaan kes dikendalikan Pegawai Pendakwa Jabatan Imigresen Perak Shamil Wati Ibrahim manakala semua tertuduh tidak diwakili peguam. – BERNAMA

Tags: mahkamahPati
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

11/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Anak kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Mohd. Nazifuddin berkongsi detik menyentuh hati...

Ibu Tunggal Didenda RM2,000 Miliki  100 Bahan Lucah Dalam Telefon

Ibu Tunggal Didenda RM2,000 Miliki 100 Bahan Lucah Dalam Telefon

09/04/2026
0

BACHOK - Seorang ibu tunggal didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini kerana memiliki kira-kira 100 bahan lucah dalam telefon...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd