• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, January 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

TPM Beri Bantuan Kepada Keluarga Mangsa Rabies

oleh Ahmad Albab
13/07/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini menghulurkan sumbangan peribadi RM60,000 kepada keluarga dua beradik yang meninggal dunia akibat jangkitan virus rabies atau penyakit anjing gila, 4 Julai lepas.

Ahmad Zahid menyerahkan bantuan tersebut kepada ibu bapa mangsa, Mazlan Pujan, 37 dan Elisa John 37, di pejabat Hornbill Skyways di sini bagi membantu keluarga terbabit membina kediamaan baharu berikutan rumah yang mereka diami ketika ini usang.

Dua beradik tersebut, Monica dan Jackson Mazlan masing-masing berusia enam dan empat tahun yang menetap di Kampung Paon, Rimu Bakung, Serian meninggal dunia di Hospital Umum Sarawak selepas dikesan dijangkiti virus itu hujung bulan lepas.

Sebelum itu, Ahmad Zahid, diberi taklimat mengenai wabak rabies yang berlaku di Bahagian Serian oleh Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas di pejabat yang sama.

Sebaik selesai majlisfringkas itu, Ahmad Zahid, yang juga Pengerusi Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), menaiki helikopter untuk menghadiri Majlis Ramah Tamah Aidilfitri, Kementerian Dalam Negeri di Padang Lama, Kompleks Sukan di Sri Aman.

Setakat 3 petang semalam, terdapat empat kes positif virus rabies dengan dua kematian dan dua mangsa lain dalam keadaan kritikal di Unit Jagaan Rapi Kanak-kanak (PICU) Hospital Umum Sarawak.

Pada 4 Julai lalu, kerajaan Sarawak mengisytiharkan lima kampung di Bahagian Serian sebagai kawasan wabak rabies dan mengeluarkan arahan agar semua anjing peliharaan di kawasan dalam lingkungan 10km di situ, diberi vaksin terhadap penyakit berkenaan. – BERNAMA

Tags: Kes RabiesZahid Hamidi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PPP Diterima Kembali Dalam BN – Zahid

PPP Diterima Kembali Dalam BN – Zahid

18/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Parti Progresif Penduduk (PPP) diterima kembali sebagai parti komponen dalam Barisan Nasional (BN). Perkara itu diumumkan Pengerusi BN,...

3 Realiti Utama Politik Negara Perlu Dihadapi UMNO – Zahid

3 Realiti Utama Politik Negara Perlu Dihadapi UMNO – Zahid

16/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menggariskan tiga realiti utama perlu dihadapi UMNO berdasarkan hakikat dan cabaran dihadapi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd