• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MRT Kurangkan 160,000 Kenderaan Ke Pusat Bandar

oleh Ahmad Albab
13/07/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) menjangka penurunan 160,000 kenderaan persendirian memasuki Lembah Klang setiap hari apabila perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT) Laluan Sungai Buloh-Kajang (Laluan SBK) beroperasi sepenuhnya mulai 17 Julai ini.

Pengarah Komunikasi Strategik dan Hal Ehwal Pihak Berkepentingan MRT, Datuk Najmuddin Abdullah optimis bahawa penggunaan perkhidmatan Laluan SBK sejauh 51km itu dapat menangani masalah kesesakan lalu lintas secara drastik di ibu kota.

“Apabila anggaran 400,000 penumpang menggunakan Laluan SBK setiap hari, ini bermakna kami menjangka dapat mengurangkan 160,000 kenderaan di atas jalan setiap hari.

“Sebuah tren dengan empat gerabak boleh membawa 1,200 penumpang dengan selesa…bayangkan ruang yang diperlukan jika setiap penumpang ini terus menggunakkan kenderaan masing-masing untuk berulang-alik dari rumah ke tempat kerja.

“Jika jumlah penumpang ini meninggalkan kereta masing-masing di rumah dan mengambil tren, bayangkan ruang kosong yang dapat diwujudkan di atas jalan serta pemilik kenderaan dapat menjimatkan masa dan kos perbelanjaan,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata hampir dua juta orang telah menggunakan perkhidmatan MRT sejak fasa pertama Laluan SBK meliputi jarak sepanjang 21km dari Sungai Buloh ke Semantan mula beroperasi sejak Disember tahun lepas.

Fasa dua Laluan Semantan-Kajang, sepanjang 30km, yang melengkapkan jajaran MRT SBK, akan diancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 17 Julai ini.

Bagi kemudahan pemilik kenderaan, Najmuddin berkata MRT menyediakan 14 tempat letak kereta bertingkat dan terbuka dengan 8,000 petak di stesen-stesen sepanjang Laluan SBK bagi menggalakkan lebih ramai orang menggunakan perkhidmatan itu untuk berulang-alik ke pusat bandar.

Tambahan pula, sejumlah 300 bas pengantara akan beroperasi bagi membawa orang ramai ke stesen berdekatan dengan setiap bas berkapasiti 62 penumpang dengan kekerapan setiap 10 minit, katanya.

“Rapid Rail, operator MRT, meramalkan bilangan pengguna akan meningkat 10 kali ganda pada masa masa akan datang daripada purata 15,000 penumpang sehari kepada 150,000 penumpang sebaik sahaja fasa dua laluan Semantan-Kajang dibuka,” katanya.

Beliau berkata satu lagi faktor yang akan menggalakkan orang ramai menggunakan kemudahan tersebut ialah faktor tambang yang berpatutan.

Misalnya, beliau berkata, tambang tiket dari Sungai Buloh ke Kajang hanya RM5.50 dengan penggunaan kad Touch N’ Go dan RM4.60 untuk bayaran tunai dan masa perjalanan adalah kira-kira 80 minit.

“Bayangkan jika anda memandu dari Sungai Buloh ke Kajang dari segi masa, kos petrol, tol serta tekanan yang anda perlu lalui tetapi dengan menggunakan perkhidmatan MRT, anda mendapat banyak faedah dari segi ekonomi, penjimatan kos dan masa serta kurang stres serta dapat melakukan perjalanan dengan selesa,” katanya.

Pada keseluruhan, Laluan SBK mempunyai 31 stesen dengan 19 stesen baharu bagi fasa kedua laluan Semantan-Kajang di mana tujuh merupakan stesen bawah tanah.

Stesen laluan Semantan-Kajang terletak di Muzium Negara, Pasar Seni, Bukit Bintang, Tun Razak Exchange Centre, Maluri, Cochrane, Taman Pertama, Taman Midah, Taman Connaught.

Taman Mutiara, Suntex, Sri Raya, Bandar Tun Hussein Onn, Batu 11, Cheras, Bukit Dukung, Sungai Jernih, Merdeka, Stadium Kajang dan stesen Kajang. – BERNAMA

Tags: KenderaanMRT
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jimatkan Pengunaan Tenaga Dan Kenderaan, Kurangkan Permintaan Terhadap Minyak – DAP

Jimatkan Pengunaan Tenaga Dan Kenderaan, Kurangkan Permintaan Terhadap Minyak – DAP

07/04/2026
0

KUALA LUMPUR - DAP mengarahkan semua pemimpin dan wakil rakyat parti itu smembuat penerangan kepada masyarakat berhubung keseriusan krisis tenaga...

Lebih 2.2 Juta Kenderaan Di Lebuh Raya PLUS Menjelang Aidilfitri

Lebih 2.2 Juta Kenderaan Di Lebuh Raya PLUS Menjelang Aidilfitri

19/03/2025
1

KUALA LUMPUR: PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menjangkakan peningkatan trafik sehingga 2.2 juta kenderaan sehari pada hari puncak menjelang Aidilfitri di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd