• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Buka Kertas Siasatan Isu Gudang Simpan Kereta

oleh AK-47
14/07/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Polis Selangor membuka satu kertas siasatan berhubung isu pencerobohan sebuah gudang menyimpan kenderaan di Kajang, dekat sini yang tular di media sosial sejak dua hari lepas.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Ab Rashid Ab Wahab meminta orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi berhubung isu berkenaan malah menasihatkan mana-mana pihak supaya tidak mengambil tindakan sendiri dan membelakangkan undang-undang.

Mengulas lanjut, beliau berkata polis ada menerima laporan daripada seorang eksekutif lelaki yang bekerja di syarikat terbabit mengatakan stor syarikat itu di Jalan Cheras, Kajang diceroboh sekumpulan lelaki pada Isnin lepas.

Katanya menurut laporan polis itu, tindakan kumpulan berkenaan adalah untuk mengambil kenderaan yang disimpan di dalam stor terbabit.

Sehubungan itu, Ab Rashid memberi jaminan satu siasatan menyeluruh mengikut undang-undang sedia ada akan dijalankan tanpa melindungi atau menyebelahi mana-mana individu yang terlibat.

Dalam video yang tular di media sosial itu, Pengarah Unit Tindakan Khas Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Yusuf Azmi bersama beberapa individu memasuki pusat pameran kereta milik sebuah syarikat pajakan kenderaan di Sri Kembangan.

Dalam laporan akhbar hari ini, Yusuf menyatakan ‘serbuan’ itu dilakukan berikutan syarikat itu didakwa telah menipu 500 individu yang menjadi pelanggannya. – BERNAMA

Tags: Datuk Ab Rashid Ab Wahab
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

2 Remaja Antara 19 Anggota Sindiket Dadah Ditahan

23/12/2017
0

SHAH ALAM - Seorang remaja lelaki dan perempuan, masing-masing berusia 16 dan 14 tahun adalah antara 19 individu warga tempatan...

Suami Isteri Penjual Kosmetik Ditahan Tanam Pokok Ganja

15/06/2017
0

SHAH ALAM - Sepasang suami isteri yang menjalankan perniagaan menjual barangan kosmetik secara dalam talian merupakan antara tiga yang ditahan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd