• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Sungai Siput Rampas Rokok, Arak Seludup

oleh AK-47
12/07/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SUNGAI SIPUT – Polis menahan sepasang suami isteri warga emas dan anak lelaki mereka kerana dipercayai menyimpan dan menjual rokok serta minuman keras seludup bernilai lebih RM50,000 dalam serbuan di sebuah kedai runcit di Kampung Muhibbah, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Sungai Siput Supt Abd Fatah Abd Rahman berkata pasangan berusia 64 dan 65 tahun serta anak lelaki berusia 36 tahun terbabit ditahan pada 5 petang di premis berkenaan.

Polis turut merampas 446 karton rokok pelbagai jenama serta 140 botol minuman keras dengan kesemuanya tidak mempunyai label cukai, katanya dalam sidang media, di sini hari ini.

Beliau berkata barangan terbabit dipercayai dijual kepada penduduk sekitar dan siasatan mendapati pemilik premis iaitu pasangan suami isteri berkenaan tidak mempunyai permit untuk menjual minuman keras.

Kesemua mereka ditahan reman selama tiga hari bermula hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 135(1) (d) Akta Kastam 1967.

Dalam perkembangan lain, Abd Fatah berkata polis menahan empat lelaki termasuk seorang warga Indonesia berusia antara 16 dan 40 tahun dipercayai anggota sindiket along di Taman Headwood di sini kira-kira 4.20 petang semalam.

Beliau berkata mereka ditahan ketika menaiki sebuah kereta dan dipercayai sedang menggantung lembaran iklan pinjaman wang di kawasan berkenaan.

Polis merampas 172 keping lembaran iklan, 3,100 keping kad perniagaan, sepeket paku payung, dua tukul besi dan empat telefon bimbit daripada suspek, katanya.

“Hasil siasatan mendapati kegiatan sindiket itu dipercayai didalangi oleh kumpulan kongsi gelap dan mereka menawarkan pinjaman sehingga RM500,000 dengan kadar faedah rendah 1.5 peratus setahun yang dipercayai bertujuan mengaburi mata orang ramai,” katanya.

Beliau berkata kesemua suspek yang berasal dari Perak dan Selangor itu direman empat hari bermula hari ini dan disiasat menurut Seksyen 29AA Akta Pemberi Pinjaman Wang 1951. – BERNAMA

Tags: Arak SeludupRokok
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Cukai Rokok: ‘Kenaikan 2 Sen Terlalu Kecil, Tidak Akan Ubah Tingkah Laku Pengguna’ – MyWATCH

Cukai Rokok: ‘Kenaikan 2 Sen Terlalu Kecil, Tidak Akan Ubah Tingkah Laku Pengguna’ – MyWATCH

11/10/2025
0

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Tindakan Wanita Malaysia bagi Kawalan Tembakau dan Kesihatan (MyWATCH) menggesa supaya hasil tambahan daripada duti eksais ke...

2 Lelaki Ditahan Jual Arak, Rokok Tidak Bercukai

2 Lelaki Ditahan Jual Arak, Rokok Tidak Bercukai

09/09/2025
0

Klang: Polis membongkar kegiatan menjual rokok dan minuman keras tidak bercukai secara runcit selepas menyerbu sebuah rumah dan kedai di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd