GUIYANG – Syarikat teknologi gergasi Amerika Syarikat Apple Inc. pada Rabu mengumumkan hasrat membina pusat data pertamanya di wilayah barat daya Guizhou lapor agensi berita China Xinhua.
Pembinaan pusat data itu, membabitkan pelaburan kontrak bernilai US$1 bilion dan akan dibina di kawasan perindustrian baharu di Guian yang menawarkan perkhidmatan iCloud, menurut kenyataan Apple Inc.
Menurut laman web rasmi Guian New Area, pusat itu akan beroperasi sepenuhnya menggunakan tenaga boleh diperbaharui dan menjadi projek perintis untuk pusat data hijau di selatan China.
Naib Presiden Persatuan Alam Sekitar, Dasar dan Inisiatif Sosial Apple, Lisa Jackson berkata, usaha Guizhou dalam pembangunan mampan menarik minat Apple Inc dan mendapati wilayah berkenaan menjadi antara lokasi paling sesuai untuk mewujudkan pusat berkenaan. – BERNAMA