• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Masing Bidas Individu Mendakwa Sebagai Calon BN

oleh AK-47
12/07/2017
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Timbalan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Dr James Jemut Masing hari ini membidas individu-individu tertentu yang memasuki beberapa kawasan sambil mendakwa mereka adalah calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya umum akan datang.

“Mereka tidak mempunyai locus standi untuk membuat dakwaan seperti itu, kata beliau.

“Hanya dengar kenyataan kenyataan pemimpin parti-parti politik kerana mereka mempunyai maklumat yang boleh dipercayai,” kata Masing, yang juga presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS).

Beliau berkata, adalah perkara biasa, lebih-lebih lagi apabila pilihan raya semakin hampir, bagi ramai individu mendakwa bahawa mereka dipilih oleh kepimpinan parti sebagai calon.

“Pihak media boleh membuat spekulasi, tidak mengapa…mereka boleh berbuat demikian dan ramalan mereka mungkin betul, siapa tahu,” kata beliau.

Beliau berkata, bagaimanapun, akkhirnya, pemimpin parti akan membuat keputusan mengenai senarai calon.

Masing diintya mengulas mengenai beberapa individu yang memasuki beberapa kawasan pilihan raya dan mendakwa bahawa mereka telah dipilih oleh pemimpin parti sebagai calon BN.

Terdahulu, Masing menghadiri majlis Ramah Tamah Adilfitri Yayasan Sarawak bersama Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Openg di sini.

Abang Johari ketika ditemui pemberita selepas majlis itu tidak mahu mengulas mengenai kedudukan Parti Rakyat Bersatu (UPP) dan Parti Tenaga Rakyat Sarawak (TERAS) pada pilihan raya umum akan datang.

“Saya tidak mahu mengulas mengenai isu itu….pilihan raya masih jauh,” kata beliau.

UPP dan TERAS adalah parti mesra BN yang mempunyai pemimpin dalam Kabinet negeri. – BERNAMA

Tags: Calon BNTan Sri Dr James Jemut Masing
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PRK Kemaman: Calon BN Rayu Pengundi Buat Keputusan Terbaik

PRK Kemaman: Calon BN Rayu Pengundi Buat Keputusan Terbaik

01/12/2023
0

CHUKAI : Beberapa jam sebelum tamat kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman, calon Barisan Nasional (BN), Jeneral (B) Tan...

Tiga Bekas Menteri Disebut Antara Calon BN Terengganu

Tiga Bekas Menteri Disebut Antara Calon BN Terengganu

18/06/2023
0

KUALA TERENGGANU : Tiga termasuk bekas timbalan menteri antara nama yang disebut-sebut dicalonkan untuk bertanding mewakili Barisan Nasional (BN) di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd