• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kim Swee Buru Kemenangan Berdepan Myanmar

oleh AK-47
12/07/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Ketua Jurulatih skuad bola sepak Bawah 22 (B-22) negara, Datuk Ong Kim Swee mengintai kemenangan apabila pasukan kendaliannya turun berdepan skuad Myanmar B-23 pada aksi persahabatan antarabangsa di Stadium Shah Alam, esok.

Beliau menjelaskan keputusan positif dalam perlawanan itu akan menaikkan semangat pemain menjelang aksi sulung berdepan Indonesia pada pusingan kelayakan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) B-23 2018 di Bangkok, Thailand pada 19 Julai ini.

“Tiada pasukan yang inginkan kekalahan walaupun pasukan kita hanya sempat menjalani latihan sehari sahaja dan saya percaya para pemain turut inginkan kemenangan,” katanya pada sidang media praperlawanan di Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Kelana Jaya di sini, hari ini.

Kim Swee menegaskan walaupun persediaan pasukan agak pincang kali ini selepas beberapa pemain lewat melaporkan diri kerana terlibat dengan Liga Malaysia, beliau yakin barisan pemain sudah bersedia mempamerkan aksi terbaik menentang Myanmar.

Beliau memaklumkan hampir kesemua 23 pemain termasuk beberapa muka baharu yang dipanggil, sudah melaporkan diri di Wisma FAM untuk aksi persahabatan esok.

Kapten skuad B-22 negara, Mohd Adib Zainuddin turut menyeru rakan sepasukan untuk memberikan persembahan terbaik di hadapan penyokong sendiri.

Sementara itu, Ketua Jurulatih B-22 Myanmar, Gerd Zeise berkata perlawanan persahabatan itu adalah sebahagian daripada persiapan beliau untuk kejohanan di Bangkok, sambil menambah 23 pemain yang dibawanya cergas untuk perlawanan esok.

Warga Jerman berusia 64 tahun itu berkata, sebelum berlepas ke Malaysia, pasukannya menyertai pertandingan empat negara Piala Bank KBZ , selain bermain dalam perlawanan persahabatan dengan pasukan senior.

“Pemain-pemain telah berkumpul untuk latihan pusat dalam masa tiga minggu lepas dan perlawanan persahabatan ini merupakan satu ujian yang baik sebelum ke Bangkok.

Walaupun, kami telah melakukan persiapan awal, pemain tidak sepatutnya mengambil mudah skuad Malaysia dan kami perlu bersedia untuk perlawanan esok, “ kata Zeise. – BERNAMA

Tags: Datuk Ong Kim Swee
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Syed Saddiq Akan Berjumpa Kim Swee, Exco Sukan

23/07/2018
0

BANGI - Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman akan bertemu jurulatih skuad bawah 23 tahun negara (B-23)...

Kim Swee Pilih Baddrol, Rizal Dan Aidil Zafuan

18/07/2018
0

KUALA LUMPUR – Ketua jurulatih skuad bola sepak Bawah 23 (B-23) tahun negara, Datuk Ong Kim Swee memilih dua pemain...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd