• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kelantan Lulus RUU Sebat Di Khalayak Ramai

oleh Ahmad Albab
12/07/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Enakmen Tatacara Jenayah Syariah 2002 (Pindaan 2017) yang antara lainnya membolehkan hukuman sebat dijalankan di khalayak ramai.

RUU itu juga memperuntukkan kuasa kepada pegawai penguat kuasa agama menggunakan gari ke atas suspek selain membenarkan video digunakan sebagai bahan bukti dalam perbicaraan.

Pindaan itu dicadangkan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta Negeri, Datuk Mohd Nassuruddin Daud.

Speaker DUN Kelantan, Datuk Abdullah Yaa’kub kemudiannya mengumumkan kelulusan RUU itu selepas disokong sebulat suara oleh Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN).

Mohd Nassuruddin ketika membentangkan usul itu berkata, terdapat beberapa faktor utama yang diambil kira bagi melakukan pindaan enakmen itu antaranya ia telah berusia 15 tahun dan keadaan semasa dunia ketika ini yang berkembang terlalu pesat.

“Pindaan itu perlu dilakukan bagi membantu hakim syariah, pendakwa syarie, peguam syariah, penguat kuasa agama dalam menjalankan prosedur kes jenayah syariah dengan lebih teratur dan seragam.

“Antara pindaan yang akan diguna pakai adalah bagi membolehkan seseorang yang dihukum bersalah disebat di khalayak, penguat kuasa agama boleh menggunakan gari dan video boleh dijadikan bahan bukti dalam perbicaraan,” katanya.

Sementara itu ketika ditemukan di luar Dewan, Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata RUU itu merupakan sebahagian daripada persiapan untuk melaksanakan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) (yang telah dibentangkan) jika ia diluluskan di Parlimen kelak.

“Terdapat 33 fasal dalam RUU Enakmen Tatacara Jenayah Syariah ini dan semuanya dipinda bagi memperkemaskan hukuman seperti sebat, denda dan beberapa proses teknikal yang lain.

“Contohnya seperti hukum sebat yang kini boleh dilaksanakan di dalam ataupun di luar penjara bergantung kepada keputusan mahkamah. Ia menepati kehendak agama (berkaitan hukuman sebat) sebab hukuman syariah itu mesti dibuat di hadapan khalayak,” katanya.

Persidangan ditangguh pada satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian. – BERNAMA

Tags: RUUsebat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Hukuman Sebat Pesalah Khalwat Dilaksana Selepas Pemeriksaan Kesihatan

Hukuman Sebat Pesalah Khalwat Dilaksana Selepas Pemeriksaan Kesihatan

27/12/2024
0

KUALA TERENGGANU - Hukuman sebatan depan khalayak ramai akan dilaksanakan selepas solat Jumaat hari ini sebaik pemeriksaan kesihatan dijalankan mendapati...

Sebat Pesalah Khalwat Berulang: 40 Polis Kawal Keselamatan, Orang Ramai Dilarang Buat Rakaman

Sebat Pesalah Khalwat Berulang: 40 Polis Kawal Keselamatan, Orang Ramai Dilarang Buat Rakaman

25/12/2024
0

KUALA TERENGGANU: Kira-kira 40 pegawai dan anggota polis akan ditempatkan di Masjid Al-Muktafi Billah Shah, di sini, untuk mengawal keselamatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd