• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 9, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nora Danish ‘Ready’ Timang Cahaya Mata Kedua

oleh AK-47
12/07/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

AKUI rindu untuk berbadan dua lagi, pelakon Nora Danish, sudah bersedia untuk kembali menimang cahaya mata selepas melahirkan anak pertama, lapan tahun lalu.

Kata Nora, 35, perkahwinan keduanya bersama Nedim Nazri menjadi antara sebab dia mahu memiliki anak lagi.

Pasangan itu baru sahaja melangsungkan perkahwinan pada 30 Mac lalu selepas beberapa tahun bercinta.

“Alhamdulillah, selepas hampir empat bulan perkahwinan kami, saya kini bersedia untuk memiliki anak semula.

“Terus terang, ia juga antara sebab utama kenapa saya berkahwin kerana rindu untuk kembali mengandung dan melahirkan cahaya mata.

“Bagi saya, anak adalah anugerah yang dikurniakan Allah sebagai pengikat kasih dan menguatkan lagi hubungan saya dengan suami. Lebih-lebih lagi, anak saya, Rayqal, sudah pun berusia lapan tahun dan dia sendiri sangat teringin mempunyai adik untuk menjadi temannya,” katanya kepada BH Online.

Nora atau nama sebenarnya, Nora Danish Mohd Hanif, menambah sejak berkahwin, dia dan Nedim sentiasa berusaha agar segera diberikan rezeki menimang anak kecil.

“Begitupun, kami bukanlah merancang, sebaliknya sentiasa berikhtiar. Semuanya saya serahkan kepada Allah dalam menentukan rezeki kami,” katanya lagi.

Sebelum ini Nora pernah mendirikan rumah tangga dengan Rizal Ashram Ramli dan mereka dikurniakan cahaya mata lelaki, Putra Rayqal Ramli. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Nora Danish
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ramai Puji Nora Danish Masih Cantik Berimej Botak

30/09/2018
0

PELAKON Nora Danish mengejutkan peminat apabila dia memuat naik gambarnya dengan imej berkepala botak di Instagram pada Ahad. Bagaimanapun, menerusi...

Tak Tahan Anak Kena Kutuk, Nora Tampil ‘Sound’ Netizen

05/06/2018
0

BUKAN mudah bergelar selebriti kerana apa sahaja yang dilakukan pasti mendapat perhatian netizen termasuklah pelakon, Nora Danish yang sering menjadi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd