MADRID – Pengurus Barcelona, Luis Enrique berharap ayam tambatan pasukan, Neymar dan Daniel Alves akan kembali cergas selepas kecederaan.
Gergasi dari Catalan itu akan menentang Cordoba dalam saingan La Liga, esok dan kehadiran mereka dianggap penting bagi kelab itu menggapai impian juara.
Tanpa Neymar yang tercedera bahagian pergelangan, Lionel Messi dan Luis Suarez gagal mencari gol ketika seri 0-0 menentang Getafe, minggu lalu.
Keputusan hambar itu menyaksikan anak didik Enrique berada empat mata belakang pendahulu, Real Madrid.
Namun, sedikit keceriaan ketika ini adalah prestasi penyerang, Pedro Rodriguez yang menunjukkan dia mampu mengisi tempat bintang dari Brazil itu jika perlu.
Rodriguez merakamkan hatrik ketika Barcelona membelasah Huesca 8-1 dalam perlawanan Copa del Rey, Rabu lalu untuk kemenangan agregat 12-1.
Sementara itu, juara liga, Atletico Madrid berdepan halangan sukar apabila bertemu Athletic Bilbao di gelanggang lawan, Ahad ini.
Atletico tercicir tujuh mata daripada pendahulu selepas tewas buat pertama kali dalam liga di laman sendiri sejak 19 bulan lalu apabila kecundang kepada Villarreal. – AFP
JADUAL LA LIGA
HARI INI
Celta Vigo mln Almeria
SABTU
Barcelona mln Cordoba
Levante mln Real Sociedad
Eibar mln Valencia
Rayo Vallecano mln Espanyol
AHAD
Villarreal mln Deportivo Coruna
Granada mln Getafe
Elche mln Malaga
Athletic Bilbao mln Atletico Madrid
https://www.youtube.com/watch?v=h3hNHlxs5NQ

