• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

H5N1: JPV Bayar Pampasan Kepada 1,034 Penternak

oleh Ahmad Albab
12/07/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) membayar pampasan sebanyak RM413,004.60 kepada 1,034 penternak yang unggas mereka terjejas dengan wabak H5N1 atau selesema burung di Kelantan baru-baru ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi dan Teknologi Hijau Kelantan, Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata pampasan dibayar sebelum Aidilfitri lepas.

“Selain pampasan dalam bentuk wang tunai, kita turut membantu penternak dengan memberi mereka anak-anak unggas untuk dipelihara,” katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri hari ini.

Beliau menjawab soalan Rozi Muhamad (PAS-Tendong) yang mahu tahu jumlah unggas yang dimusnahkan dalam membasmi wabak H5N1 dan langkah yang diambil kerajaan dalam usaha membantu penternak yang kehilangan ternakan mereka.

Sebanyak 56,953 unggas dan 17,531 telur unggas dilupuskan dalam tempoh 24 hari wabak berkenaan mula dikesan pada awal tahun ini, katanya.

“Pada 1 Julai lepas, Kelantan diisytihar bebas daripada wabak berkenaan setelah tiada pengesanan baharu penyakit itu dalam tempoh 90 hari sejak pembasmian kuman terakhir pada 1 April,” kata Che Abdullah.

Menjawab pula soalan Mohd Roseli Ismail (PAS-Kemuning) yang mahu tahu sama ada terdapat kaedah lain bagi membasmi wabak berkenaan selain daripada membunuh unggas, beliau berkata kerajaan negeri sentiasa terbuka dalam menerima cadangan jika ia mempunyai bukti saintifik dan selari dengan amalan Pertubuhan Kesihatan Haiwan Sedunia.

“Kerajaan sentiasa terbuka untuk terima apa-apa cadangan yang boleh membantu membasmi penyakit ini. Cuma setakat ini kaedah melupuskan unggas adalah yang terbaik untuk dilakukan memandangkan kadar kematian terhadap unggas adalah 95 peratus selepas dijangkiti wabak serta ia turut boleh berjangkit kepada manusia,” katanya. – BERNAMA

Tags: H5N1
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Hamparan Ribuan Ubur-ubur Luar Biasa Berpunca Peningkatan Suhu

H5N1 Dikesan Pada Lembu Tenusu Di AS

28/03/2024
1

AUSTIN - Lembu di ladang tenusu Texas dan Kansas, Amerika Syarikat (AS) diuji positif virus selesema burung, H5N1 di bawah...

Malaysia Tak Import Ayam Selsema H5N1

03/02/2020
0

MALAYSIA tidak mengimport haiwan hidup dan produk dari kawasan Shaoyang di wilayah Hunan, China, yang dilaporkan berlakunya wabak selsema burung...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd