KUALA LUMPUR – Lapan suspek disyaki terlibat memproses dadah di Johor Bahru, Johor ditahan oleh Pasukan Khas Taktikal dan Risikan Narkotik (STING) Bukit Aman, hari ini.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam laman Twitter rasminya berkata penahanan suspek berkenaan turut membongkar makmal memproses dadah, yang menyaksikan pelbagai jenis dadah antaranya syabu, ketamin dan kokain dirampas.
Mengucapkan syabas kepada STING atas kejayaan itu, Khalid berkata polis turut merampas tiga pucuk senjata api yang dipercayai milik sindiket semasa serbuan berkenaan.
“Syabas STING @PRDMsia tangkap 8 ahli sindiket proses syabu di Johor Bharu dan rampas Syabu, Ketamine, Cocaine bersama 3 pucuk pistol. #GoPDRMGo,” menurut Khalid dalam Twitter. – BERNAMA