• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Libatkan Orang Asli Pemuliharaan Harimau Malaya

oleh AK-47
11/07/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Sultan Perak Sultan Nazrin Shah menitahkan penglibatan secara langsung masyarakat Orang Asli di kawasan Hutan Belum-Temengor dalam usaha pemuliharaan harimau Malaya, kata Pengarah Eksekutif merangkap Ketua Pegawai Eksekutif WWF-Malaysia, Datuk Dr Dionysius S.K Sharma.

Beliau berkata baginda juga mahu usaha pemuliharaan harimau Malaya di negara ini dipertingkatkan.

“Tuanku Sultan Perak mahu memastikan banyak pendekatan dilakukan bagi mencari jalan untuk melibatkan masyarakat Orang Asli ini secara langsung pada peringkat yang tinggi.

“Ini kerana mereka adalah antara komponen penting dalam persekitaran Belum-Temengor dan jalan terbaik perlu dibuat untuk memastikan dan mengetengahkan peranan yang boleh mereka mainkan dalam memulihara habitat harimau,” katanya.

Bercakap kepada pemberita, beliau berkata baginda menitahkan demikian pada Dialog Mempertingkatkan Pemuliharaan Harimau Malaya di Kompleks Hutan Belum-Temenggor yang diadakan secara tertutup di sini, hari ini. Turut hadir Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan Ketua Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Abdul Kadir Abu Hashim.

Dr Dionysius berkata selain itu, Sultan Nazrin menitahkan supaya pasukan keselamatan mengetatkan kawalan di sempadan negara dalam usaha berterusan memerangi aktiviti pemburuan dan perdagangan haram hidupan liar di dalam negara.

“Baginda menzahirkan kebimbangan dan mahu pasukan keselamatan seperti polis, tentera serta pihak berwajib melakukan kawalan keselamatan dalam usaha untuk menyelamatkan harimau Malaya,” katanya.

Dalam pada itu, Zambry berkata Perak menyasarkan untuk mencapai status sifar pemburuan haram terhadap harimau Malaya menjelang 2020.

Beliau berkata bagi mencapai sasaran itu, ia tidak hanya terletak di bawah tanggungjawab kerajaan negeri sahaja tetapi memerlukan penglibatan semua pihak termasuk badan bukan kerajaan (NGO) dan masyarakat setempat.

“Kerajaan negeri memberi keutamaan kepada pemuliharaan harimau Malaya kerana ancaman terbesar dan paling mendesak untuk spesies itu adalah pemburuan dan perdagangan hidupan liar secara haram yang dilakukan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

“Oleh yang demikian, kita perlu mencari pendekatan serta kaedah terbaik bagi sasaran negeri ini berstatus sifar pemburuan haram terhadap harimau Malaya akan dapat dicapai mengikut tempoh yang ditetapkan,” katanya

Mengulas mengenai dialog berkenaan, Zambry berkata pihaknya akan memperhalusi segala cadangan dikemukakan Tabung Hidupan Liar Sedunia (WWF) Malaysia dalam usaha memulihara spesies harimau yang semakin terancam dan hampir pupus seterusnya memastikan pemuliharaan harimau Malaysia khususnya di Kompleks Hutan Belum-Temenggor dapat dilakukan dengan sebaik-baiknya.

“Dialog ini merupakan platform untuk mengkaji semula usaha sedia ada dan bergerak ke arah penyelesaian yang lebih inovatif dalam mencapai pemburuan haram sifar di negeri ini,” katanya.

Sementara itu, Abdul Kadir berkata jumlah harimau yang terdapat di negara ini antara 250 hingga 340 ekor sahaja berdasarkan hasil kajian populasi yang dilakukan jabatan berkenaan.

Beliau berkata pihaknya melaksanakan kaji selidik tersebut yang bermula sejak tahun lepas dan akan berakhir selewat-lewatnya awal tahun 2020 melibatkan kos sebanyak RM80 juta yang dirancang di bawah Rancangan Malaysia Ke-11.

Kompleks Hutan Belum-Temenggor yang terletak di Gerik dengan keluasan kira-kira 3,000 kilometer persegi merupakan satu daripada tiga tapak utama bagi Pelan Tindakan Pemuliharaan Harimau Kebangsaan dan ketika ini dianggar terdapat kira-kira 40 ekor harimau di hutan itu. – BERNAMA

Tags: Datuk Dr Dionysius S.K Sharma
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd