• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Akbar Sahari Nafi Berbaik Dengan Bekas Isteri!

oleh
11/07/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pengulas sukan Astro Arena, Akbar Sahari menafikan sekeras-kerasnya dakwaan sebuah laman blog hiburan yang menyatakan bahawa beliau berbaik semula dengan bekas isterinya, Rita Rudaini.

Menerusi kenyataan media yang dikeluarkannya hari ini, Akbar menafikan dakwaan yang dibuat blog tersebut dan menjelaskan ia berunsur fitnah.

“Biarpun tidak menjelaskan secara terperinci, namun tajuk artikel yang dimuat naik pada 9 Julai itu sangat mengelirukan dan jelas berunsur fitnah.

“Penulis juga tidak mendapatkan sebarang kenyataan daripada saya terlebih dahulu di samping menggunakan gambar-gambar yang diambil dari sumber yang tidak sah termasuklah memuat naik foto adik kembar saya bersama isteri,” ujarnya dalam kenyataan tersebut.

Beliau beranggapan tindakan tidak bertanggungjawab penulis tersebut adalah untuk menjatuhkan maruah serta  reputasinya selain artikel tersebut memberi kesan yang mendalam terhadap diri dan keluarganya.

“Saya sifatkan tindakan ini sebagai tidak bertanggungjawab dan berniat jahat untuk menjatuhkan maruah dan reputasi saya di mata masyarakat. Artikel ini turut memberikan kesan yang mendalam dan menyebabkan tekanan emosi kepada diri dan keluarga,” tambahnya lagi.

Pengulas sukan tersebut telah membuat laporan polis dan mendesak agar laman blog tersebut menarik semula artikel itu dalam masa 48 jam.

Sekiranya gagal berbuat demikian, beliau terpaksa mengambil tindakan saman malu ke atas laman blog berkenaan atas dasar pengajaran terhadap sikap tidak bertanggungjawab tersebut.

“Sekiranya gagal berbuat demikian, saya terpaksa mengambil tindakan saman malu terhadap pemilik blog/laman FB berkenaan bagi memberi pengajaran terhadap perbuatannya yang tidak bertanggungjawab ini,” katanya.

Akbar dan Rita mendirikan rumah tangga pada 23 Mei 1999 dan berpisah pada tahun 2001. Mereka tidak dikurniakan cahaya mata. – MYNEWSHUB.CC

Tags: bekas isteriBlogRita Rudaini
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sekatan Terhadap Penceramah Asing Pro-Zionis Demi Keselamatan, Imej Negara – Zambry

Bekas Isteri Pemandu E-hailing, Adik Tiri, Dituduh Membunuh

26/04/2024
0

TAWAU: Bekas isteri kepada pemandu e-hailing yang ditemui mati dibunuh di Jalan Anjur Juara Batu 5 Jalan Apas dekat sini,...

Bekas Isteri Donald Trump Meninggal Dunia

Bekas Isteri Donald Trump Meninggal Dunia

15/07/2022
0

Washington: Bekas isteri Donald Trump, Ivana Trump, meninggal dunia pada usia 73 tahun, lapor Sputnik. Ikuti Mynewshub: Telegram "Saya dengan penuh...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd