• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Skuad B-15 Malaysia Bermula Langkah Kanan

oleh AK-47
11/07/2017
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Skuad Bawah 15 (B-15) negara memulakan kempen dengan langkah kanan apabila menewaskan Filipina 2-0 pada perlawanan pembukaan Kumpulan B Kejohanan Bola Sepak B-15 Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) 2017 di Chonburi, Thailand, hari ini.

Pada perlawanan berkenaan, ketua pasukan Ahmad Zikri Mohd Khalili meletakkan Malaysia di hadapan pada minit ke-30 sebelum Mohammad Ikhwan Mohd Hafizo melengkapkan kemenangan bergaya skuad muda negara pada minit ke-54 dalam aksi yang berlangsung di Stadium Kampus IPE Chonburi.

Malaysia akan berdepan Timor Leste, manakala Filipina dijadual menentang Kemboja pada aksi kedua peringkat kumpulan. Kedua-dua perlawanan akan berlangsung di venue yang sama Rabu ini.

Sebanyak 12 pasukan menyertai edisi ke-12 kejohanan tahunan itu yang mula diperkenalkan sejak 2002.

Juara bertahan, Australia mengetuai cabaran Kumpulan A bersama-sama juara tiga kali Thailand, Laos, Indonesia, Myanmar dan Singapura manakala Kumpulan B terdiri dari Vietnam, Kemboja, Timor-Leste, Filipina, Brunei dan Malaysia.

Untuk rekod, Malaysia muncul juara pada 2013 selepas menewaskan Indonesia 3-2 pada penentuan sepakan penalti setelah kedua-dua pasukan terikat 1-1 dalam masa perlawanan sebenar.

Sebelum ini, saingan berkenaan dikenali sebagai Kejohanan Bola Sepak B-16 AFF, dan diubah kepada Kejohanan B-15 bermula tahun ini. – BERNAMA

Tags: bolasepak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Serap Semangat Skuad B-23

25/09/2018
0

KUALA LUMPUR - Kejayaan skuad bawah (B-23) tahun negara yang berjaya menamatkan badi gagal menundukkan Korea Selatan selama 44 tahun...

‘Bolt Lebih Sesuai Beraksi Di Posisi Pertahanan’ – Vicente

13/09/2018
0

MADRID - Bekas pengendali Sepanyol, Vicente del Bosque merasakan Usain Bolt akan menjadi ‘pemain bola sepak yang amat bagus’ tetapi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd