• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Terus Pelihara Keselamatan Pantai Timur Sabah

oleh AK-47
11/07/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Polis Sabah akan terus dalam keadaan berjaga-jaga dan lebih proaktif dalam memastikan keselamatan negeri ini khususnya di kawasan pantai timur terus terpelihara, kata Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Ramli Din.

Beliau berkata kesiapsiagaan semua anggota keselamatan akan terus dipertingkatkan dari semasa ke semasa memandangkan situasi di bandar Marawi, Mindanao, Filipina masih belum aman.

“Polis akan sentiasa berjaga-jaga, malahan dengan situasi di bandar Marawi yang masih belum tenteram kita akan terus berhati-hati dan lebih proaktif. Rondaan oleh polis marin di pesisir perairan Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone) juga diperkemaskan lagi,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Pada Mei lepas, berlaku serangan ke atas bandar Marawi oleh kumpulan yang mempunyai kaitan dengan pergerakan pengganas Daesh sehingga mengakibatkan anggota pasukan keselamatan Filipina terkorban dan orang awam terpaksa berpindah.

Keadaan darurat diisytiharkan di Mindanao selepas tercetus pertempuran antara tentera kerajaan Filipina dan kumpulan militan di bandar Marawi. – BERNAMA

Tags: Datuk Ramli Din
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pasukan Keselamatan Tembak Mati 4 Lelaki

08/05/2018
0

LAHAD DATU - Pasukan keselamatan di Lahad Datu menembak mati empat lelaki dipercayai daripada kumpulan penculikan untuk wang tebusan (KFR)...

Indeks Jenayah Sabah Bagi Januari-April Menurun

08/05/2018
0

TAWAU - Indeks Jenayah Sabah dari tempoh Januari hingga April tahun ini menurun kepada 1,759 kes berbanding 1,988 kes bagi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd