• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemuda Wajah Anime Penipu, Tak Wujud – Bella Barbie

oleh AK-47
11/07/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MINGGU lalu, media sosial dikejutkan dengan penularan gambar seorang pemuda berwajah anime yang dikatakan telah menjalani pembedahan plastik mencecah ratusan ribu ringgit.

Amirul Rizwan Musa atau lebih dikenali dengan nama ‘Miyyo Rizone’ di laman Facebook mengatakan beliau telah menghabiskan kira-kira RM200,000 bagi kos menjalani pembedahannya di Thailand.

Bagaimanapun, seorang wanita tampil membuat pendedahan yang amat mengejutkan apabila mendakwa pemuda menyerupai watak katun anime itu adalah palsu dan hanyalah rekaan semata-mata.

Wanita yang mahu dikenali sebagai Bella Barbie berkata, wajah sebenar lelaki tersebut adalah berbeza berbanding wajahnya yang tular di media sosial.

Kaitan: Lelaki Melayu Ini Berhabis RM200k Untuk Bedah Plastik

"Pemuda Wajah Anime Penipu & Tak Wujud" - Bella Barbie

Memetik laporan Harian Metro, Bella mendakwa pemuda yang berasal dari Ketereh, Kelantan itu telah menggunakan beberapa jenis aplikasi untuk menyunting gambarnya bagi mencipta imej lelaki berwajah anime seperti yang disebarkan netizen sebelum ini.

“Sebab itu ‘Miyyo Rizone’ tidak mahu munculkan diri apabila ada beberapa rancangan di televisyen menjemputnya ke set rakaman kerana wajahnya berbeza dengan gambar yang tular.

“Selain wajah, namanya yang didedahkan kepada media juga bukanlah nama sebenar kerana saya mengenali rapat dengannya sebelum ini.

"Pemuda Wajah Anime Penipu & Tak Wujud" - Bella Barbie

“Saya bukan nak mengaibkan atau mahu publisiti diri sendiri, tetapi tidak mahu orang ramai terus terpedaya dengan gambar yang diedit oleh lelaki itu,” katanya.

Menurutnya, kos pembedahan yang dijalankan oleh lelaki itu yang dikatakan berjumlah hampir RM200,000 juga adalah palsu sebaliknya pembedahan itu tidak sampai RM5,000.

“Saya sendiri pernah menemani Miyyo untuk membuat pembedahan wajah di dalam negara dan saya tahu nilai sebenar kos pembedahan itu,” katanya.

Berdasarkan pengalaman peribadi gadis berdarah campuran Siam itu, harga bagi satu pembedahan di Thailand hanyalah RM1,000.

"Pemuda Wajah Anime Penipu & Tak Wujud" - Bella Barbie

"Pemuda Wajah Anime Penipu & Tak Wujud" - Bella Barbie

Menurut Bella lagi, sepanjang pengetahuannya yang sering berulang alik ke negara Thailand, kos untuk pembedahan hidung serta dagu cuma bernilai RM1,000 setiap satu manakala bagi kos untuk menipiskan bibir hanya berjumlah RM600.

Sementara itu di dalam laporan mStar Online, Bella turut mendedahkan nama sebenar Miyyo bukanlah Amirul Rizwan Musa seperti yang diberitahu kepada media, tetapi nama sebenarnya adalah Muhammad Syahrizal Ikhwan Musa.

“Dia bukanlah tinggi atau memiliki ‘jawline’ (garis rahang yang tajam) dan kurus seperti dalam gambar di laman sosial, apatah lagi menjadi seorang model,” jelas Bella.

“Saya ada gambar dia tanpa solekan, dia sunting semua gambar menggunakan aplikasi Camera360 dan BeautyPlus.

“Jadi saya tahu kerana dia selalu sunting gambar-gambarnya di sebelah saya,” katanya lagi.

Menurut Bella lagi, dia juga pernah mencuba menyunting gambarnya sendiri dengan menggunakan aplikasi berkenaan dan terkejut kerana mendapati wajahnya sendiri boleh berubah mirip seperti Miyyo.

“Dia bagi alasan tak nak tunjukkan muka di mana-mana media mungkin kerana takut wajahnya tak sama seperti di dalam gambar,” tambahnya lagi. – MYNEWSHUB.CC

Tags: animePenipuan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Imigresen Bongkar Aktiviti Pelupusan e-Waste Haram, Sarang Penipuan Dalam Talian

Imigresen Bongkar Aktiviti Pelupusan e-Waste Haram, Sarang Penipuan Dalam Talian

22/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Jabatan Imigresen menahan 48 warga asing dalam dua serbuan berasingan di Pulau Indah, Selangor serta kawasan kediaman mewah...

Waspada Penipuan Guna AI – PDRM

Waspada Penipuan Guna AI – PDRM

16/07/2024
3

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) setakat ini belum menerima laporan berkaitan kes penipuan yang membabitkan teknologi kecerdasan buatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd