• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, October 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pesawat Pengawasan Maritim Airbus C295 Tiba Di Malaysia

oleh AK-47
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Pesawat pengawasan maritim canggih Airbus  C295 kini berada di Malaysia, iaitu antara negara persinggahannya dalam jelajah Asia selama dua minggu.

Ketua Pemasaran Pesawat Taktikal serta Perisikan, Peninjauan dan Pengawasan (ISR) Airbus Fernando Ciria berkata pada masa ini pesawat itu sedang dipamerkan di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM)  Subang.

“C295 menawarkan sistem tercanggih, kos operasi dan kitaran hayat yang rendah serta jadual serahan awal.

“Konfigurasi kabin yang versatil membolehkan pertukaran dari satu misi ke misi lain dengan mudah dan cepat,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata sepanjang jelajah itu, C295 akan mengetengahkan keupayaan ISR yang jauh ke depan selain aspek serba boleh dan kesesuaiannya untuk operator berpotensi, khususnya di Asia.

“Bagi Malaysia, pesawat ini adalah pilihan terbaik untuk tugas rondaan dan pengawasan maritim, melindungi perairan wilayah serta misi perang antikapal selam.

“C295 juga serasi dengan aset ketenteraan lain untuk mengumpul dan menyebarkan maklumat pada masa sebenar seperti imej, laporan dan jejak laluan yang dikumpul semasa penerbangan,” katanya.

Ciria berkata ciri-ciri itu sesuai untuk kerjasama antara agensi dalam Malaysia selain rondaan bersama dengan negara tetangga.

Katanya TUDM mengoperasikan pesawat pengangkut CN235, iaitu pendahulu C295, sekali gus persamaan antara dua jenis pesawat memudahkan peralihan kru dan menurunkan kos operasi pada masa depan.

“Selepas ini, C295 dijangka singgah di Filipina dan Korea Selatan sebelum ke Kanada, Amerika Syarikat dan Mexico,” katanya.

– BERNAMA

Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pelajar 16 Tahun Bawa Mercun, Kapak Ke Sekolah, Guru Wanita Cedera

Pelajar 16 Tahun Bawa Mercun, Kapak Ke Sekolah, Guru Wanita Cedera

21/10/2026
0

KUCHING - Seorang pelajar lelaki berusia 16 tahun didakwa membawa mercun dan kapak ke sebuah sekolah swasta di sini sebelum...

Kemakmuran Negara Bukan Hanya Bergantung Kepada Angka Belanjawan Yang Besar – Abdul Hadi

Kemakmuran Negara Bukan Hanya Bergantung Kepada Angka Belanjawan Yang Besar – Abdul Hadi

21/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang menegaskan kemakmuran sebenar sesebuah negara tidak hanya bergantung kepada angka...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd