• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jemaah Haji Diminta Doa Pemimpin PKR Selangor?

oleh AK-47
11/07/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Jemaah haji Selangor yang menerima pemberian insentif khas RM500 oleh kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor diminta mendoakan kesejahteraan dan keamanan kepada pimpinan Selangor sewaktu menunaikan ibadah haji tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu dan Warisan, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi Selangor, Datuk Dr. Ahmad Yunus Hairi berkata, jemaah haji Selangor diharap mendoakan supaya pimpinan negeri itu dapat terus memberikan perkhidmatan di negeri itu.

“Saya sangat mengalu-alukan dan menyambut baik keprihatinan kerajaan Selangor dalam meraikan para Jemaah Haji Muassasah Negeri Selangor bagi tahun ini dengan pemberian insentif khas sebanyak RM500 seorang.

“Pemberian insentif khas ini yang akan diselaraskan di bawah Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) adalah sebagai tanda kepedulian dan penghargaan kerajaan Selangor kepada rakyat Selangor.

“Saya mengharapkan agar jemaah haji Selangor akan dapat mendoakan kesejahteraan dan keamanan kepada pimpinan Selangor untuk terus memberikan perkhidmatan yang terbaik bagi membangunkan dan memakmurkan Selangor,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Ahmad Yunus berkata, syarat-syarat yang ditetapkan adalah warga Malaysia, nendapat tawaran Lembaga Urusan Tabung Haji, bermastautin di Selangor dan mendaftar haji di mana-mana pejabat cawangan Tabung Haji di Selangor.

Beliau bagaimanapun mengingatkan segala dokumen-dokumen yang dikehendaki perlu disahkan serta diserahkan ke Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) atau Pejabat Penyelaras DUN Selangor. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Datuk Dr. Ahmad Yunus Hairi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kerajaan Selangor Kata Walaupun Islam Agama Rasmi…

25/10/2016
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan Selangor menegaskan walaupun Islam agama rasmi Malaysia tetapi ia tidak menghalang agama-agama lain dianuti, diamalkan di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd