• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bapa Tiri Iblis! Rogol Anak Perempuan, Liwat Anak Lelaki

oleh Ahmad Albab
20/12/2014
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Seorang penganggur berusia 34 tahun didakwa merogol anak tiri perempuannya, yang berusia 12 tahun selama setahun, suspek turut didakwa meliwat anak lelakinya yang berusia empat tahun.

Pendedahan yang mengejutkan itu diceritakan sendiri oleh anak lelaki suspek selepas dia mengetahui apa yang dilakukan oleh ayahnya itu adalah satu jenayah.

“Kanak-kanak lelaki itu telah bertanya kepada ibunya di manakah bapanya dan ibu memberitahu ayahnya ditahan kerana mendera kakak tirinya secara seksual.

“Perkara tersebut telah menyebabkan kanak-kanak lelaki berkenaan sedar dan mendedahkan apa yang telah dilakukan oleh suspek terhadapnya,” kata Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner, Khairuddin Saad. Doktor turut mengesahkan bahawa kanak-kanak lelaki itu telah diliwat.

Bagaimanapun, dua lagi anak suspek tidak didera.

Suspek akan didakwa ke mahkamah hari ini kerana melakukan persetubuhan luar tabii di bawah Seksyen 377C Kanun Keseksaan. Dia berhadapan dengan hukuman penjara selama 20 tahun dan sebatan.

Lelaki tersebut ditahan di rumahnya di Kampung Cheras Baru pada 13 Disember lalu selepas anak perempuan tiri suspek memberitahu ibunya dia dirogol dua kali seminggu.

Ibu mangsa telah keluar rumah dengan membawa empat anaknya untuk tinggal bersama saudara mereka.

Pasangan berkenaan dikurniakan tiga cahaya mata sepanjang 10 tahun perkahwinan mereka.

Remaja perempuan berkenaan merupakan anak ibunya daripada perkahwinan yang terdahulu.

Mangsa berkata suspek akan merogolnya di dalam bilik tidurnya atau bilik tidur suspek.

Kejadian rogol itu berlaku apabila ibunya keluar bekerja dan ketika adik perempuannya yang lain bermain di luar rumah.

“Dia tidak ingat berapa kali dia dirogol. Apa yang dia beritahu kami ia terjadi banyak kali, mungkin dua kali seminggu,” kata Khairuddin. – mStar Online

https://www.youtube.com/watch?v=TOH0xDn0Sqk

Tags: kes liwatkes rogol
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kedah Catat 43 Kes Buli, 90 Kes Rogol Babitkan Pelajar Sekolah

Kedah Catat 43 Kes Buli, 90 Kes Rogol Babitkan Pelajar Sekolah

11/01/2026
0

Alor Setar: Sebanyak 43 kes buli direkodkan di Kedah sepanjang 2025, meningkat mendadak berbanding hanya 10 kes pada 2024. Ketua...

Tiga Lelaki Dikenakan Perintah Kehadiran Wajib Bersalah Liwat, Cubaan Liwat

Tiga Lelaki Dikenakan Perintah Kehadiran Wajib Bersalah Liwat, Cubaan Liwat

22/10/2025
0

MELAKA: Pekerja kilang dan dua pelajar institusi pengajian tinggi didenda RM12,500 serta penjara 54 bulan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Melaka,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd