• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Bina 3 Penempatan Baharu Untuk Nelayan

oleh AK-47
11/07/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

DUNGUN – Kerajaan melalui Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) akan membina tiga penempatan baharu untuk golongan nelayan di Terengganu bagi memastikan mereka memiliki kediaman sendiri yang lebih selesa.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani, Perusahaan Perladangan dan Komoditi negeri, Datuk Muhammad Pehimi Yusof berkata kos pembinaan projek khas penempatan nelayan (penempatan semula) itu dianggarkan bernilai RM31 juta.

“Daripada jumlah itu, kerajaan negeri dijangka membelanjakan RM18 kita manakala bakinya daripada kerajaan persekutuan iaitu RM13 juta.

“Lokasi yang dikenal pasti ialah di Pulau Sekepeng di Kemaman yang menempatkan 72 unit dan masing-masing 64 unit rumah di Seberang Penarik, Setiu dan Beting Lentang di Besut,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis melabuhkan tukun tiruan di perairan Dungun di sini hari ini.

Turut hadir Pengarah Perikanan Negeri Terengganu, Zawawi Ali dan Pegawai Pembangunan Parlimen Dungun Datuk Din Adam.

Muhammad Pehimi berkata keutamaan akan diberi untuk nelayan yang masih belum memiliki rumah sendiri.

“Selain rumah, LKIM juga akan membantu golongan nelayan ini meningkatkan taraf sosio ekonomi mereka dengan pembangunan industri hiliran berasaskan ikan seperti penghasilan keropok lekor dan keropok keping.

“Ia akan menjadi perumahan yang terancang untuk golongan nelayan sebagai bukti kecaknaan kerajaan terhadap kebajikan mereka,” katanya.

– BERNAMA

Tags: Datuk Muhammad Pehimi Yusof
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

20,300 Benih Ikan Dilepaskan Di Sungai Loh, Dungun

02/04/2018
0

DUNGUN - Sebanyak 20,300 ekor benih ikan dilepaskan di Sungai Loh, Dungun hari ini bagi memastikan sumber pendapatan nelayan sungai...

Anak Terengganu Tak Mempunyai Status Kerakyatan

08/01/2018
0

BESUT - Rakyat Terengganu yang masih tidak mendapat status kerakyatan negeri kerana dilahirkan di hospital di Kota Bahru, Kelantan boleh...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd