• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Misi SAR Ke Iran Kesan Pendaki Hilang 8 Bulan Lepas

oleh Ahmad Albab
11/07/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEPANG – Empat pendaki dari Kelab Jelajah Alpine (KJA) hari ini berlepas ke Teheran bagi meneruskan usaha mencari dan menyelamat (SAR) seorang ahli kelab itu Ramli Abdul Majid, 45, yang hilang ketika mendaki Gunung Damavand di Iran pada November lepas.

Ketua misi berkenaan, Mohd Khafiz Bachok ketika ditemui pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) di sini berkata ini merupakan SAR ketiga untuk mencari Ramli.

“SAR yang pertama selepas kehilangan beliau dilaporkan November lepas sementara SAR kedua pada Disember tahun lepas,” katanya.

Mohd Khafiz berkata, SAR ketiga diadakan pada waktu ini kerana Tehran ketika ini mengalami musim panas dan salji yang meliputi Gunung Damavand dijangka mula mencair sekali gus memudahkan usaha menjejak Ramli.

Tambahnya, beliau mengharapkan doa rakyat Malaysia supaya pasukan SAR kali ini dapat bertemu dengan Ramli dalam apa juga keadaan.

Mohd Khafiz berkata, misi berkenan akan mencari Ramli di laluan yang digunakannya ketika mendaki sebelum hilang November lepas.

Misi SAR kali ini yang akan disertai Persatuan Bulan Sabit Merah Iran akan turut mencari Ramli di perkampungan yang terletak berhampiran gunung itu.

Tiga lagi pendaki yang akan bersama Mohd Khafiz ialah Muhammad Illaham Ishak yang juga Presiden KJA, Azmawi Ismail dan Mohd Azraie Md Yusof.

Pada 22 November tahun lepas, Ramli iaitu seorang Ketua Jurutera Sistem di Ibu Pejabat Proton Holdings, Shah Alam bersama seorang lagi pendaki KJA, Syed Redzuan Syed Salim Shatri disedari hilang apabila tidak muncul di kem tiga gunung berkenaan.

Pada 28 November, Syed Redzuan ditemukan meninggal dunia di kawasan Yakhar Glacier dan mayatnya kemudiannya dibawa pulang ke Malaysia.

Namun nasib Ramli masih tidak diketahui sehingga hari ini.

Gunung Damavand setinggi 5,610 m terletak di tengah pergunungan Alborz kira-kira 75 km dari Tehran. – BERNAMA

Tags: SAR
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Wan Azizah Enggan Komen Perbalahan Azmin-Guan Eng

Next Post

3 Pasukan Raih Kemenangan Sulung Piala Malaysia

Related Posts

‘Terima Kasih Semua Anggota SAR’ – Ketua Polis Dang Wangi

‘Terima Kasih Semua Anggota SAR’ – Ketua Polis Dang Wangi

31/08/2024
0

KUALA LUMPUR : Selepas hampir sembilan hari, operasi mencari dan menyelamat (SAR) wanita warga India yang hilang dalam tanah jerlus...

SAR Mangsa Tanah Jerlus Diteruskan, Fokus Rungkai Backlog

SAR Mangsa Tanah Jerlus Diteruskan, Fokus Rungkai Backlog

30/08/2024
0

Kuala Lumpur : Operasi mencari dan menyelamat (SAR) wanita warga India yang hilang dalam insiden tanah jerlus di Jalan Masjid...

Next Post

3 Pasukan Raih Kemenangan Sulung Piala Malaysia

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd