• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sukan SEA: Skuad Bola Tampar Idam Lakar Kejutan

oleh Ahmad Albab
09/07/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Di atas kertas, kelebihan nyata berpihak kepada Thailand, Vietnam, Indonesia dan Myanmar untuk memburu kilauan pingat dalam acara bola tampar lelaki dan wanita pada temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017, di sini, bulan depan.

Biarpun sedar bukan mudah untuk menyaingi Thailand mahupun Vietnam dalam memburu pingat emas pertama di pentas Sukan SEA, namun skuad negara bertekad mahu menamatkan kemarau pingat selama 16 tahun pada edisi kali ini.

Persatuan Bola Tampar Malaysia (MAVA), dalam pada itu, berharap kilauan pingat tanpa mengira warna mampu dijelmakan oleh barisan negara di laman sendiri selepas pasukan lelaki menghadiahkan pingat perak ketika Kuala Lumpur menjadi tuan rumah pada 2001.

Sejak acara bola tampar diperkenalkan dalam Sukan SEA pada 1977, kedua-dua pasukan lelaki dan wanita negara hanya membawa pulang dua pingat iaitu pingat gangsa oleh skuad wanita pada edisi 1983 di Singapura dan perak oleh skuad lelaki pada edisi 2001.

Walaupun bukan pasukan pilihan, Malaysia berjanji tidak akan menjadi ‘pasukan belasahan’ memandangkan persiapan rapi serta prestasi yang ditampilkan oleh barisan pemain semakin menyakinkan.

Pengurus pasukan wanita, Yean Lai Haw berkata pencapaian membanggakan anak buahnya dalam Kejohanan Jemputan Sukan Wanita di Singapura Januari lalu, apabila muncul johan selepas menewaskan pasukan tuan rumah, Singapura, menaikkan lagi moral setiap pemain untuk mencipta sejarah di laman sendiri.

“Ia perkembangan yang sangat positif, saya mengharapkan semua pemain mampu meneruskan prestasi cemerlang mereka dengan menunjukkan semangat juang yang tinggi untuk berdepan pasukan lawan nanti,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat jawatankuasa eksekutif MAVA di sini, hari ini.

Anak buah Lai Haw turut mencipta sejarah pada Kejohanan Asia Bawah 23 tahun di Thailand, Mei lalu, apabila berjaya menewaskan gergasi Asia, Iran, pada perlawanan klasifikasi 7/8 dan berjaya menduduki tempat ketujuh daripada 13 negara yang bertanding.

Sementara itu, bagi pasukan lelaki pula, pengurusnya, Hanif Basree Abdul Rahman menjangkakan pertembungan yang sengiti dengan memerlukan kemenangan ke atas Myanmar dan Kemboja seandainya ingin melangkah ke peringkat seterusnya.

“Kita berada dalam kumpulan B bersama Thailand, Myanmar dan Kemboja. Ini bermakna kita harus menang dua perlawanan untuk melangkah ke pusingan seterusnya dan kita sasarkan Myanmar dan Kemboja.

“Saya optimis dengan kehadiran muka-muka baharu dalam pasukan, skuad lelaki mampu menghasilkan kejutan sekali gus menyumbang pingat buat kontingen negara,” katanya. – BERNAMA

Tags: bola tamparSukan SEA
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sukan SEA 2025: Prestasi Malaysia Meningkat, Namun Masih Perlu Dinilai Secara Realistik

Sukan SEA 2025: Prestasi Malaysia Meningkat, Namun Masih Perlu Dinilai Secara Realistik

20/12/2025
0

Petikan Channel WhatsApp Lim Sian See   Tahniah kpd semua pegawai & atlet negara, sama ada berjaya atau tidak, atas...

SEA Games 2025 Di Thailand Dibayangi Kontroversi, Isu Penipuan & Keputusan Dipertikai

SEA Games 2025 Di Thailand Dibayangi Kontroversi, Isu Penipuan & Keputusan Dipertikai

19/12/2025
0

BANGKOK: Penganjuran Sukan SEA 2025 di Thailand kini berdepan pelbagai kontroversi susulan beberapa insiden yang mencetuskan persoalan terhadap integriti pertandingan,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd