• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dr. Mahathir Diminta Jaga Mulut Dan Tingkah Laku

oleh Ahmad Albab
08/07/2017
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BAGAN DATUK – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad diminta supaya menjaga mulut dan tingkah lakunya yang kini dilihat sering memburuk-burukkan kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas timbalan presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata sepatutnya Dr. Mahathir perlu mempunyai tatasusila dan ketertiban serta akhlak politik dalam berpolitik.

Timbalan Perdana Menteri itu berkata sebagai manusia biasa, Dr. Mahathir sudah tentu ada kelemahan dan kesilapan sepanjang 22 tahun menjadi perdana menteri namun semua itu ditutup demi menghormatinya.

“Bila zaman kita berlalu, biarlah berlalu, biar sejarah menilai, jangan mengutuk orang lain bagaimana kegagalan sistem penswastaan. Kita tidak mahu membuka pekung itu dan kita tahu apa yang beliau lakukan dengan pelbagai kelemahan yang kita tahu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap semasa merasmikan persidangan perwakilan UMNO Bahagian Bagan Datuk di sini hari ini.

Tegas Ahmad Zahid, tindakan Dr. Mahathir mengkritik UMNO dan kerajaan sudah melampaui batas sehingga Perdana Menteri hilang sabar.

“Zaman beliau (Dr. Mahathir) sudah berlalu, duduk diamlah-diamlah. Duduklah berzikir. Beliau buka aib pemimpin sekarang, jangan lupa kita juga pernah tutup aib beliau. Jangan sampai kita pula buka aib dan pekung beliau. Macam-macam kita boleh buka.

“Dia (Dr. Mahathir) kuat (pada zaman pemerintahannya) bukan kerana dia, tetapi orang-orang UMNO yang kuat menyokong dia,” katanya.

Ahmad Zahid juga menyentuh tindakan Dr. Mahathir yang membuat pusingan-U dengan menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sedangkan dahulu, Dr. Mahathir yang menyingkirkan Anwar daripada arena politik.

“Sekarang baru dia nak buat ‘kona baring’. Dulu dia tuduh Anwar macam-macam, sekarang dia kata Anwar dizalimi disebabkan perbezaan pendapat politik dan tidak mahu Anwar di gelanggang politik.”

Malah semasa ucapannya itu, Ahmad Zahid turut menyeru prinsip ‘habis madu sepah dibuang’ tidak diamalkan di kalangan pemimpin akan datang.

“Pemimpin baharu hormatilah pemimpin lama dan pemimpin lama perlu menyayangi pemimpin baharu dan prinsip habis madu sepah dibuang perlu dielakkan demi kelangsungan parti,” katanya. – BERNAMA

Tags: Mahathir Mohamad
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mahathir Bakal Tubuh Gagasan Melayu-Islam Baru

Mahathir Bakal Tubuh Gagasan Melayu-Islam Baru

04/08/2022
0

Satu gagasan baru berteraskan agenda Melayu dan Islam yang dipimpin Dr Mahathir Mohamad bakal ditubuhkan. Ikuti Mynewshub: Telegram Pada majlis solat...

Tun M Minta Semak Semula Bajet 2022

02/11/2021
0

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad meminta kerajaan menyemak semula Bajet 2022, belanjawan terbesar dalam sejarah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd