• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Janna Nick Sertai Muay Thai Untuk Kurus Dalam Drama

oleh
08/07/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Demi menjayakan watak dalam drama baharu, Coffee Prince, aktres, Janna Nick sanggup berhempas pulas menyertai sukan Muay Thai semata-mata untuk tampil lebih kurus.

Jelas pelakon dengan nama sebenarnya Nurul Jannah Muner ini, dia menyertai sukan lasak tersebut sejak sebulan lalu dan kini gadis yang berusia berusia 22 tahun itu gigih menjalani latihan secara intensif hampir setiap malam.

“Kalau hendak dikatakan sebagai penat, memang saya berpeluh habis. Tetapi ini juga adalah salah satu cara untuk saya dapat tampil dengan bentuk badan yang lebih kurus selain turut sihat anggota tubuh badan.

“Saya akan memulakan penggambaran drama ini tidak lama lagi iaitu selepas penggambaran drama Malaysia-Indonesia berjudul Dia tamat,” kata Janna yang kini semakin bersemangat menceburi bidang perniagaan.

Difahamkan, aktres drama bersiri popular Syurga Nur dan Kau Aku Kita ini, bakal bergandingan dengan aktor kacak, Fattah Amin dalam drama yang bakal ditayangkan menerusi saluran stesen berbayar tempatan Astro itu.

Janna pernah mendapat perhatian antarabangsa apabila meninggalkan komen menerusi Instagram menggesa model, pelakon dan deejay terkenal kelahiran Australia, Ruby Rose untuk menambahkan berat badan dirinya.

Ramai peminat selebriti itu yang memiliki 10 juta pengikut di laman sosial tersebut dan merupakan pengamal LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual, Transgender) berang dengan kritikan Janna berkenaan. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Janna Nick
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Janna Nick Akui Alami Masalah Gangguan Bipolar

22/04/2021
0

KUALA LUMPUR - Pelakon dan pengacara popular, Janna Nick mendedahkan dia mengalami masalah gangguan bipolar (bipolar disorder) selain mengaku pernah...

“Mana Ada Kahwin Lari” – Janna Nick

24/04/2020
0

PELAKON popular, Janna Nick didakwa sudah berkahwin dengan kekasinya, Dini Schatzmann di Selatan Thailand pada Jun tahun lalu. Perkara itu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd