• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Kuasa Hukum Pasukan Enggan Lepas Pemain – FAM

oleh AK-47
07/07/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tidak mempunyai kuasa mengambil tindakan terhadap mana-mana pasukan yang enggan melepaskan pemain mereka bagi menyertai latihan pusat skuad Bawah 22 Tahun (B-22) kebangsaan.

Setiausaha Agung FAM Datuk Hamidin Mohd Amin menjelaskan hal ini kerana pusingan kelayakan Kejohanan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) B-23 2018 dari 19 hingga 23 Julai ini di Thailand yang melibatkan skuad berkenaan, tidak disenaraikan dalam kalendar Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Beliau, bagaimanapun memaklumkan beberapa pasukan bersetuju melepaskan pemain masing-masing selewat-lewatnya 12 Julai ini, kecuali Pahang dan Pulau Pinang yang masih belum memberi sebarang kata putus berhubung perkara berkenaan.

“Setakat hari ini, kita menerima pengesahan berserta surat rasmi daripada beberapa pasukan untuk melepaskan pemain mereka pada 12 Julai ini untuk menyertai kem latihan pusat kecuali Pahang dan Pulau Pinang,” katanya.

Hamidin berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas meninjau sesi latihan skuad wanita kebangsaan yang akan beraksi pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017, di sini, hari ini.

Sehubungan itu, Hamidin menasihatkan pasukan yang terlibat dengan panggilan pemain mereka ke latihan pusat skuad kebangsaan supaya mengutamakan kepentingan negara berbanding negeri mahupun kelab masing-masing.

“Saya kira semua pihak yang terlibat perlu menyedari dan memahami bagaimana perlunya pemain-pemain terbaik ini melaporkan diri apabila dipanggil menggalas tugas negara,” jelasnya.

Pengendali skuad B-22 negara, Datuk Ong Kim Swee, sebelum ini melahirkan kebimbangan selepas hanya enam daripada 26 pemain melaporkan diri pada hari pertama latihan pusat skuad berkenaan, Rabu lepas.

Jumlah itu berkurangan kepada dua pemain semalam, selepas empat pemain dilaporkan kembali ke pangkuan masing-masing bagi menghadapi saingan Piala Malaysia.

Pasukan B-22 negara yang turut dikenali sebagai skuad Projek Sukan SEA bakal menguji skuad B-22 Myanmar pada aksi persahabatan, 13 Julai ini sebelum berlepas ke Thailand bagi menyertai pusingan kelayakan Kejohanan AFC B-23 2018. – BERNAMA

Tags: FAMFAM Datuk Hamidin Mohd Amin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pendaftaran Pemain Naturalisasi Dan Pemain Warisan Dua Perkara Berbeza – MFL

Pendaftaran Pemain Naturalisasi Dan Pemain Warisan Dua Perkara Berbeza – MFL

18/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) sekali lagi menegaskan pendaftaran pemain kelab Johor Darul Ta’zim (JDT)...

Tunku Mahkota Ismail Dedah Ada Pihak Dalam FAM Tak Puas Hati Tak Dapat Buat Duit, Minta Projek 

Tunku Mahkota Ismail Dedah Ada Pihak Dalam FAM Tak Puas Hati Tak Dapat Buat Duit, Minta Projek 

10/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Mahkota Ismail mendedahkan terdapat beberapa pihak dalam Persatuan Bolasepak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd