• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, October 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pesawat Delta Patah Balik, Ada Cuba Masuk Kokpit

oleh AK-47
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SAN FRANCISCO – Sebuah pesawat Delta Air Lines yang berlepas dari Seattle ke Beijing, China terpaksa berpatah balik selepas seorang daripada penumpangnya cuba memasuki kokpit dan mencederakan tiga yang lain, lapor agensi berita China Xinhua.

Pesawat Delta 129, terpaksa berpatah balik ke Lapangan Terbang Antarabangsa Seattle-Tacoma kira-kira pukul 7.40 petang waktu tempatan (0240 GMT).

Menurut kenyataan yang dikeluarkan syarikat penerbangan itu, ‘insiden keselamatan’ petang semalam itu berlaku dalam pesawat penumpang Boeing 767-300ER.

Laporan media yang tidak dapat disahkan pula menyebut seorang lelaki menyerang atendan penerbangan dan cuba memasuki ruang kokpit.

Lelaki itu bagaimanapun berjaya ditahan, dikeluarkan daripada pesawat dan diserahkan kepada pasukan keselamatan sejurus tiba di lapangan terbang berkenaan.

Selain seorang kru kabin, dua penumpang dilaporkan turut cedera dalam insiden itu. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pelajar 16 Tahun Bawa Mercun, Kapak Ke Sekolah, Guru Wanita Cedera

Pelajar 16 Tahun Bawa Mercun, Kapak Ke Sekolah, Guru Wanita Cedera

21/10/2026
0

KUCHING - Seorang pelajar lelaki berusia 16 tahun didakwa membawa mercun dan kapak ke sebuah sekolah swasta di sini sebelum...

Kemakmuran Negara Bukan Hanya Bergantung Kepada Angka Belanjawan Yang Besar – Abdul Hadi

Kemakmuran Negara Bukan Hanya Bergantung Kepada Angka Belanjawan Yang Besar – Abdul Hadi

21/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang menegaskan kemakmuran sebenar sesebuah negara tidak hanya bergantung kepada angka...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd