• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kini Arab Saudi Pula Dituduh Negara Ekstremis

oleh AK-47
07/07/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEMALAM Arab Saudi mengetuai sekutu Arabnya, termasuk Bahrain, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) dan Mesir mengkritik keenganan Qatar mematuhi 13 syarat yang dikenakan sebagai penyelesaian sekatan politik dan ekonomi yang dikenakan sejak 6 Jun lalu.

Qatar melalui Kuwait, selaku negara pengantara bagi menyelesaikan krisis itu, menolak semua syarat yang dikemukakan. Namun, pada masa sama menyeru diadakan dialog.

Menteri Luar Qatar, Sheikh Mohammed Abdulrahman Al-Thani, bertegas menyelar 13 syarat itu sebagai campur tangan teehadap kedaulatan dan kebebesan bersuara.

Tiga perkara utama dalam 13 syarat itu yang dianggap mencabar hak kedaulatan Qatar ialah menurunkan tahap diplomasi dengan Iran, menutup kem tentera Turki di Doha dan menutup stesen TV Al Jazeera.

Hari ini, Arab Saudi pula menerima padah.

Institusi Pemikir terkenal United Kingdom, Henry Jackson Society (HJS) menuduh, Riyadh sebagai pelopor ekstremisme Islam.

Ironinya, kenyataan ini sama dengan tuduhan Arab Saudi dan sekutunya terhadap Qatar. Doha dituduh menyokong keganasan kerana mempunyai hubungan dengan Ikhwanul Muslimin di Mesir.

HJS menuduh Arab Saudi menyalur sokongan kewangan kepada masjid dan institusi pendidikan Islam yang menyebarkan fahaman ekstremisme.

Sebelum ini, penulis terkenal AS, Thomas Friedman, melalui bukunya World Is Flad, menuduh Arab Saudi menyalur bantuan pada ribuan sekolah tahfiz di Pakistan yang menyebarkan fahaman anti Barat.

Kedutaan Arab Saudi di London menafikan tuduhan itu.

Persoalannya, dakwaan HJS jelas menyifatkan Arab Saudi sebagai negara penyubur faham teroris.

Ia sangat serius. Apakah Arab Saudi akan bertindak balas sama seperti tindakan terhadap Qatar?

Apakah Arab Saudi akan memutuskan hubungan dengan UK selagi negara itu tidak bertindak menutup HJS?

Arab Saudi sangat tegas terhadap Qatar. Malah, membina pakatan anti Qatar semata-mata marahkan Al Jazeera.

Pasti Arab Saudi tidak akan bertindak. UK pastinya sangat penting bagi monarki yang pro Barat! – MYNEWSHUB.CC

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bekalan Beras Cukup Sampai Hujung Tahun – Mohamad Sabu

Bekalan Beras Cukup Sampai Hujung Tahun – Mohamad Sabu

02/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu bekalan beras di Malaysia mencukupi sehingga penghujung tahun...

Sudah Tidak Ada Menteri Pelancongan Sehebat Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir

Sudah Tidak Ada Menteri Pelancongan Sehebat Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir

02/05/2026
0

Oleh Satu Hala  Di era beliau...Malaysia memperkenalkan kempen Malaysia Truly Asia....di mana kita berjaya menewaskan kempen Amazing Thailand dari segi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd