• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sistem Pengangkutan Awam Bantu Jana Ekonomi

oleh Ahmad Albab
07/07/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Jaringan sistem pengangkutan awam yang baik dapat membantu menjana pertumbuhan ekonomi negara selain meningkatkan lagi kualiti hidup rakyat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, yang merujuk kepada fasa dua perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT) laluan Semantan-Kajang, berkata ia bakal mencatat sejarah apabila siap sepenuhnya bulan ini.

“Laluan ini bakal berkhidmat untuk lebih 500,000 penumpang – satu pencapaian yang sangat membanggakan bagi Prasarana Malaysia Berhad dalam usaha menyediakan sistem pengangkutan awam bertaraf dunia.

Secara peribadi, segala projek yang melibatkan pengangkutan awam sememangnya dekat di hati saya, kerana saya percaya hanya jaringan sistem pengangkutan awam yang baik sahaja bantu menjana pertumbuhan ekonomi negara tetapi, yang utamanya ialah meningkatkan lagi kualiti hidup rakyat,” katanya di blog NajibRazak.com, hari ini.

Fasa kedua laluan itu yang akan dilancarkan pada 17 Julai ini akan melengkapkan jajaran MRT Sungai Buloh-Kajang sepanjang 51km selepas fasa pertama laluan Sungai Buloh-Semantan yang mempunyai 12 stesen mula beroperasi pada 16 Dis lalu.

Najib berkata jika dahulu, mereka yang tinggal di pinggir bandar perlu memandu jauh untuk mencari rezeki, tetapi melalui rangkaian pengangkutan awam yang bersepadu, lebih ramai lagi rakyat Malaysia akan mendapat peluang untuk mengubah taraf ekonomi dan kualiti hidup mereka.

“Dahulunya, masalah utama sistem pengangkutan awam ialah hubungan yang terputus. Kini, kerajaan berusaha menyambung dan panjangkan lagi perhubungan agar pengguna dapat berulang-alik ke tempat kerja dengan lebih cepat dan pada kos yang jauh lebih rendah,” katanya.

Katanya, masa yang dijimatkan daripada memandu pergi dan balik dari tempat kerja selama berjam-jam, kini boleh diluangkan untuk membaca bahan-bahan ilmiah dan beristirahat bersama keluarga tersayang.

“…malah jika kita mahu melelapkan mata sebentar setelah tiba di rumah dari tempat kerja pun, insya-Allah, ada masanya.

Masa itu emas. Sesungguhnya, lebihan masa yang terluang dan penjimatan kos pengangkutan inilah, yang meningkatkan kualiti hidup rakyat. Pelaburan seperti inilah, yang membuktikan kebajikan rakyat terus diutamakan dalam pembentukan dasar-dasar kerajaan hari ini,” kata Najib. – BERNAMA

Tags: Najib Tun RazakPengangkutan Awam
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Firdaus Wong Kritik Saranan Guna Pengangkutan Awam, EV Ketika Krisis Minyak

Firdaus Wong Kritik Saranan Guna Pengangkutan Awam, EV Ketika Krisis Minyak

15/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung mengkritik saranan kepada rakyat menggunakan pengangkutan awam, kenderaan elektrik (EV) serta...

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

11/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Anak kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Mohd. Nazifuddin berkongsi detik menyentuh hati...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd