• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

George Town Sah Dapat Balik Taraf Bandar Raya

oleh
18/12/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter
Panorama George Town dari udara, ibu negeri Pulau Pinang yang bakal dinaik taraf sebagai bandar raya pada 2015 selepas dilucutkan status pada 1976 lalu. – Gambar hiasan

GEORGE TOWN – Kerajaan DAP Pulau Pinang semalam mengesahkan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) akan dinaik taraf menjadi Majlis Bandar Raya Pulau Pinang (MBPP) sekali gus mengesahkan George Town kembali mendapat semula status bandar raya.

Ia diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Trafik dan Kerajaan Tempatan Negeri, Chow Kon Yeow yang memberitahu Kementerian Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kesejahteraan Bandar secara rasmi bersetuju dengan permohonan itu bulan lalu.

“Kementerian tersebut dalam surat bertarikh 10 Disember memaklumkan Kabinet telah meluluskan permohanan kerajaan Pulau Pinang pada 7 November dan membenarkan penambahan ratusan jawatan baharu untuk MBPP yang akan diwujudkan,” katanya.

Kelulusan itu termasuk persempadanan semula kawasan pentadbiran pihak berkuasa tempatan tersebut namun maklumat lanjut hanya akan diperjelaskan lebih terperinci selepas mendapat perkenan status bandar raya daripada Yang di-Pertuan Agong kelak.

Pemandangan George Town dari udara. – Gambar hiasan

George Town pernah dimasyhurkan sebagai bandar raya pertama di Malaysia oleh Ratu Elizabeth II pada 1 Januari 1957 ketika negara masih di bawah penjajahan Inggeris tetapi taraf itu ditarik balik pada 1976 berikutan pewartaan Akta Kerajaan Tempatan baharu.

Ini menyebabkan Majlis Bandar Raya George Town bergabung dengan Majlis Daerah Luar Bandar Pulau Pinang menjadi MPPP manakala tiga daerah di tanah besar iaitu Seberang Perai Utara, Tengah dan Selatan menjadi Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP).

Usaha menaik taraf George Town kembali bermula sejak 2001 semasa Pulau Pinang masih di bawah pentadbiran Barisan Nasional dan dipergiatkan selepas ibu negeri Pulau Mutiara itu dianugerahkan status tapak warisan dunia bersama Melaka oleh UNESCO pada 2007.

Setakat ini Malaysia ada 11 bandar raya iaitu Kuala Lumpur (1972), Ipoh (1988), Kuching (1988), Johor Bahru (1994), Kota Kinabalu (2000), Shah Alam (2000), Melaka (2003), Alor Setar (2003), Miri (2005), Petaling Jaya (2006) dan Kuala Terengganu (2008). – Agensi

 

Tags: George TownPulau Pinang
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Isu Pajakan Pulau Pinang: Sanusi Tidak Gentar, Takkan Berundur

Isu Pajakan Pulau Pinang: Sanusi Tidak Gentar, Takkan Berundur

13/11/2025
0

ALOR SETAR - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menegaskan beliau tidak gentar biarpun terpaksa berdepan laluan...

Pengarah Jabatan Disyaki Salah Guna Kuasa Ditahan SPRM

Pengarah Jabatan Disyaki Salah Guna Kuasa Ditahan SPRM

26/08/2025
0

GEORGE TOWN- Seorang pengarah jabatan kerajaan di negeri ini ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang kerana disyaki menyalahgunakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd