• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

APMM Wilayah Timur Tahan Dua Bot Nelayan Vietnam

oleh Ahmad Albab
07/07/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KEMAMAN – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Wilayah Timur menahan dua bot nelayan asing Vietnam kerana menceroboh dan melakukan aktiviti menangkap ikan di Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) dalam operasi khas dan operasi pagar laut semalam.

Pengarah Pangkalan APMM Wilayah Timur di sini Leftenan Komander Maritim Muhamad Rezal Bashah berkata, kedua-dua bot berkenaan cuba melarikan diri daripada kepungan APMM ketika dihampiri pada kedudukan lebih 105 batu nautika dari perairan Kuala Kemaman.

“Dengan kecekapan anggota, kapal APMM berjaya mengejar dan menahan kedua-dua bot itu lebih kurang 9.30 pagi semalam dan berjaya menahan kesemua 24 awak-awak termasuk dua tekong yang berumur antara 15 dan 52 tahun,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Muhamad Rezal berkata, hasil pemeriksaan pada kedua-dua bot nelayan asing itu mendapati mereka tidak memiliki sebarang dokumen atau permit yang sah daripada Jabatan Perikanan Malaysia untuk menangkap ikan di perairan negara ini dan kesemua mereka juga tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri.

Katanya, setelah disiasat anggota APMM menemukan ikan pelbagai jenis dianggarkan seberat 2,000 kilogram, 1,000 kilogram sotong kering dan terdapat lebih kurang 10,000 liter minyak diesel di dalam tong dram di atas bot berkenaan dengan nilai kedua-dua bot tersebut dengan peralatan dianggarkan RM1.5 juta.

Beliau berkata selain hasil tangkapan itu, terdapat tiga ekor anjing di dalam bot nelayan tersebut yang bertindak sebagai pelindung daripada pihak berkuasa yang mana haiwan berkenaan akan menyalak dan menerkam penguat kuasa yang akan menaiki bot nelayan berkenaan.

“Bagaimanapun dengan kecekapan anggota APMM yang dilatih bagi menangani masalah seperti itu berjaya menaiki bot asing itu dengan selamat tanpa digigit atau diserang oleh anjing-anjing berkenaan,” katanya.

Muhamad Rezal berkata, kesemua mereka akan direman selama 14 hari bagi membantu siasatan oleh APMM kecuali dua orang nelayan asing yang berumur 15 dan 16 tahun yang akan diserahkan kepada Imigresen untuk urusan seterusnya.

Beliau berkata sejak 10 Jun lepas, APMM Wilayah Timur yang meliputi Kelantan, Terengganu dan Pahang membuat pemeriksaan ke atas 73 kes dan enam tangkapan melibatkan bot asing serta 50 nelayan ditahan.

“Pada pandangan saya mereka tetap datang dan kami sebagai penguat kuasa akan terus mempergiatkan lagi rondaan dengan menahan bot-bot asing yang menceroboh perairan negara,” katanya. – BERNAMA

Tags: APMM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

APMM Patahkan Cubaan Seludup 6 Tan Bijih Timah

APMM Patahkan Cubaan Seludup 6 Tan Bijih Timah

30/12/2025
0

Batu Pahat: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Batu Pahat mematahkan cubaan seludup masuk kira-kira enam tan bijih timah bernilai...

Kapal Kargo Karam, 15 Anak Kapal Berjaya Diselamatkan Di Perairan Terengganu

Kapal Kargo Karam, 15 Anak Kapal Berjaya Diselamatkan Di Perairan Terengganu

07/12/2025
0

KEMAMAN, 6 Disember – Seramai 15 anak kapal sebuah kapal kargo yang mengalami kebocoran serius ketika dalam pelayaran dari Lumut,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd