• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tarik Balik Longgar Syarat Lulus BM Tindakan Tepat

oleh AK-47
07/07/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PADANG TERAP – Keputusan untuk menarik balik kelonggaran syarat kelayakan lulus subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi lantikan kontrak Pegawai Perubatan Gred UD41 oleh kerajaan dilihat sebagai tindakan yang tepat.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata keputusan itu menepati polisi dan dasar kerajaan yang diguna pakai selama ini iaitu pelajar diwajibkan lulus dalam subjek Bahasa Melayu dan Sejarah bagi melayakKan mereka untuk menerima sijil SPM.

“Dari segi dasar ia memenuhi keperluan dan keputusan itu tepat kerana ia bertetapan dengan dasar dan pelaksanaan kerajaan untuk memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi kebangsaan,” katanya ketika diminta mengulas berkaitan pengumuman yang dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, semalam.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Majlis Rumah Terbuka dan Kenduri Kesyukuran sempena perkahwinan anaknya di Pusat Komuniti Padang Kerasak di sini, hari ini.

Semalam, Dr. Ahmad Zahid mengumumkan Kabinet telah memutuskan tiada kelonggaran berkaitan Bahasa Melayu diizinkan untuk sebarang jawatan awam.

Dalam perkembangan sama, Mahdzir berkata bekas pelajar yang belajar di Sekolah Antarabangsa perlu memenuhi syarat kelayakan termasuk lulus Bahasa Melayu sekiranya ingin menyertai sektor awam di negara ini.

“Sekolah Antarabangsa tidak mengikut kokurikulum kebangsaan, jadi syarat lulus Bahasa Melayu itu tidak dikenakan terhadap mereka. Tetapi, sekiranya mereka ingin berkerja dalam sektor awam di Malaysia, mereka perlu lulus Bahasa Melayu.

“Itu adalah syarat yang perlu mereka ikut. Kalau ingin sertai sektor awam, mereka boleh menduduki kertas subjek Bahasa Melayu SPM secara tunggal yang dijalankan dua kali setahun iaitu pada bulan Jun dan November oleh Kementerian Pendidikan,” katanya.

Mahdzir berkata bagi pelajar yang belajar di sekolah swasta, syarat lulus Bahasa Melayu itu tidak menjadi masalah kerana setiap sekolah mempunyai guru Bahasa Melayu yang bertauliah.

“Semua sekolah swasta, sekolah jenis kebangsaan Cina dan India ada guru Bahasa Melayu sendiri dan syarat lulus subjek Bahasa Melayu memang wajib kerana ia mengikut kokurikulum kebangsaan,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Mahdzir KhalidLulus BM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Projek Solar: Mahdzir Selesai Keterangan Di SPRM

30/11/2018
0

PUTRAJAYA – Bekas Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid, selesai memberi keterangan selama tiga jam di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan...

Agenda PH Lebih Cenderung Perjuangan DAP

30/06/2018
0

KERAJAAN Pakatan Harapan (PH) dijangka tidak dapat mengelak daripada perjuangan parti komponennya, DAP

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd