• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tingkat Latihan Industri Lahir Modal Insan Daya Saing

oleh AK-47
06/07/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (JPSM) Sabah perlu terus mempertingkat latihan industri disediakan sebagai usaha mempersiap sekali gus melahirkan modal insan tempatan lebih berdaya saing dan mampu memasuki pasaran kerja yang semakin sengit ketika ini, kata Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat negeri, Datuk Siringan Gubat.

Siringan berkata jabatan itu juga perlu sentiasa mencari kaedah berkesan dalam memperkasa modal insan selain komited menyusun atur strategi serta pelan tindakan ke arah merealisasikan matlamat kerajaan untuk menjadikan rakyat Malaysia berkemahiran dan berpendapatan tinggi.

“Dengan penyediaan Pelan Strategik JPSM 2018-2020, saya berkeyakinan tinggi jabatan ini boleh melaksanakan program pembangunan modal insan secara bersepadu, berkualiti serta memberi impak kepada penyediaan modal insan yang kompeten dan berkemahiran.

Visi JPSM untuk menjadi peneraju dalam penyampaian latihan kemahiran kepada rakyat Sabah khususnya menjelang 2030 mencerminkan kepekaan jabatan terhadap fungsi utama penubuhannya. Saya berharap JPSM mampu berdaya tahan dalam menerajui pembangunan modal insan di negeri ini,” katanya berucap merasmikan Majlis Sambutan Ulang Tahun JPSM ke-29 di sini hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Sabah Datuk Hamisa Samat.

Pada majlis itu, Hamisa turut menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2016 kepada kakitangan JPSM yang memberi perkhidmatan terbaik dan berdedikasi ketika bertugas sepanjang tahun lalu. – BERNAMA

Tags: Datuk Siringan Gubat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd