• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, April 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sistem Tadbir Keluarga Islam Jamin Hak Suami Isteri

oleh AK-47
06/07/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANGAR – Umat Islam di Malaysia amat bertuah kerana pentadbiran dan pengurusan hal ehwal keluarga Islam yang baik dan sistematik menjamin hak pasangan berkahwin terpelihara, titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Baginda bertitah, hak itu termasuk suami dan isteri dilindungi daripada sebarang bentuk kezaliman terhadap pasangan mereka.

“Hak ini selaras dengan ajaran Islam yang memberikan impak dan persepsi positif terhadap perkahwinan dalam Islam khasnya kesucian agama itu sendiri,” titah baginda ketika merasmikan ‘Muzakarah Penolong Pendaftar Perkahwinan Orang-Orang Islam Negeri Perlis Tahun 2017’ di sini, hari ini.

Menurut baginda kekuatan dan kecekapan pengurusan perkahwinan dapat memastikan isteri atau suami mendapat hak pembelaan sewajarnya apabila berlaku perceraian.

“Selaku Yang DiPertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), beta amat sukacita kerana Perlis menjadikan undang-undang berlandaskan Islam sebagai paksi bagi memelihara institusi kekeluargaan dan memastikan setiap pihak mendapat hak serta keadilan sewajarnya.

“Beta berharap Penolong Pendaftar Perkahwinan Islam yang dilantik kali ini memberikan khidmat terbaik dan menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab supaya kemampanan institusi kekeluargaan Islam terus dihormati,” tambah baginda.

Tuanku Syed Faizuddin berharap Penolong Pendaftar Perkahwinan Islam turut membimbing pasangan baru berkahwin menjadi keluarga Islam yang cemerlang dalam segenap aspek kehidupan.

Turut hadir pada majlis itu ialah Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Perlis Datuk Khairi Hassan, Ketua Pegawai eksekutif MAIPs Mohd Nazim Mohd Noor dan Pengarah Jabatan Agama Islam Perlis Dr Hazman Hassan. – BERNAMA

Tags: Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Cabaran Globalisasi Tidak Halang Program Penyelidikan UNIMAP

19/11/2018
0

KRAKOW (Poland) - Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yakin cabaran globalisasi tidak menghalang Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)...

Lahir Lebih Ramai Cendekiawan, Tokoh Akademik

10/10/2018
0

MUSCAT, Oman - Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menitahkan harapan agar Perlis dapat melahirkan lebih ramai cendekiawan,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd