• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gagal Tuntut MyKad Telah Siap Akan Didenda – JPN

oleh Ahmad Albab
06/07/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Jabatan Pendaftaraan Negara (JPN) bercadang mengenakan denda kepada orang ramai yang gagal menuntut MyKad yang siap diproses dalam tempoh ditetapkan berikutan terdapat ramai yang tidak mengambil berat tentang perkara itu.

Ketua Pengarah Pendaftaran Negara, Datuk Mohd Yazid Ramli berkata pihaknya juga bercadang memendekkan tempoh sah guna dokumen Mykad sementara kepada kurang 30 hari berbanding tiga bulan sebelum ini bagi melicinkan pelbagai urusan rakyat.

Bagaimanapun, kedua-dua cadangan itu masih di peringkat perbincangan dan pihaknya akan melaksanakannya selepas mendapat keputusan berhubung cadangan tersebut, katanya.

“Cadangan itu bagi memastikan pemohon tidak lambat menuntut Mykad mereka sehingga ada yang menggunakan dokumen pengenalan sementara walaupun sudah tamat tempoh.

“Pemohon yang gagal menuntut Mykad yang sudah siap akan dikenakan denda kerana disifatkan gagal mempunyai pengenalan diri yang sah dan menyukarkan pelbagai urusan,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran Projek Hab Percetakan Teragih MyKad (DPP) JPN Pulau Pinang di sini, hari ini.

Mengenai projek Hab DPP, Mohd Yazid berkata ia memberikan penjimatan kos kepada pembangunan sistem, tenaga kerja dan perkhidmatan Pos Laju kepada JPN negeri ini.

“Pelaksanaan projek ini turut memberi faedah secara berterusan kepada rakyat dan perkhidmatan awam berikutan manfaat penjimatan masa yang diperoleh rakyat, mempermudahkan urusan rasmi yang memerlukan pengesahan maklumat diri melalui MyKad,” katanya.

Beliau berkata sebelum ini tempoh proses Mykad mengambil masa sehingga 10 hari, namun dengan projek ini tempoh itu dipendekkan kepada lima hari.

Katanya MyKad pada masa ini dilengkapi lebih 10 ciri keselamatan dan ia tidak boleh diklon oleh sindiket yang menghasilkan kad pengenalan palsu. – BERNAMA

Tags: MyKad
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

JPN: Penjara Tiga Tahun Jika Guna Mykad Orang Lain Beli Petrol

JPN: Penjara Tiga Tahun Jika Guna Mykad Orang Lain Beli Petrol

06/04/2026
0

JABATAN Pendaftaran Negara (JPN) memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak menggunakan MyKad orang lain - termasuk milik ahli keluarga...

13,632 MyKad Alami Cip Rosak Diganti Dalam 5 Hari – Saifuddin

13,632 MyKad Alami Cip Rosak Diganti Dalam 5 Hari – Saifuddin

27/09/2025
0

SANDAKAN: Sejumlah 13,632 MyKad yang mengalami kerosakan cip diganti dalam tempoh lima hari di seluruh negara sejak kerajaan mengumumkan kemudahan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd