• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Op Selamat Aidilfitri 2017 Antara Yang Terbaik

oleh AK-47
06/07/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Op Selamat sempena Aidilfitri 2017 merupakan antara yang terbaik berdasarkan kepada rekod penurunan jumlah kematian akibat kemalangan, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar di sini.

Beliau berkata sepanjang tempoh 15 hari operasi itu, kes kemalangan maut menurun sebanyak 12 peratus iaitu 239 kes berbanding 273 kes pada tempoh sama tahun lalu.

“Jumlah kematian juga mencatatkan penurunan 42 kes atau 14 peratus, iaitu 257 kematian tahun ini, berbanding 299 kematian pada 2016,” katanya ketika berucap pada Majlis Anugerah Kontinjen dan Daerah Terbaik Op Selamat 2017.

Analisis terhadap Op Selamat 2017 menunjukkan faktor terbabas sendiri merupakan punca utama kemalangan maut iaitu 65 kes, selain faktor lain seperti kecuaian dan kelalaian.

Menurutnya, sepanjang Op Selamat 2017 sebanyak 6,309 operasi dijalankan dengan jumlah saman yang dikeluarkan ialah RM277,832.

Dalam pada itu Khalid berkata kes pecah rumah juga mencatatkan penurunan sebanyak 165 kes atau 21 peratus iaitu 629 kes tahun ini.

“Kejayaan yang dicapai bagi Op Selamat kali ini adalah hasil pendekatan penguatkuasaan secara menyeluruh yang dijalankan serentak bersama rakan-rakan strategik PDRM melalui Pasukan Respons Kecemasan (ERT),” katanya.

Pada majlis itu Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perlis diumumkan sebagai kontinjen terbaik, manakala Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang sebagai daerah terbaik sepanjang Op Selamat 2017. – BERNAMA

Tags: Tan Sri Khalid Abu Bakar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Khalid Dilantik Pengerusi Prasarana, Duta Khas

05/09/2017
0

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan pelantikan Tan Sri Khalid Abu Bakar sebagai Pengerusi...

Polis Siasat Kes Bendera Indonesia Dicetak Terbalik

22/08/2017
0

KUALA LUMPUR – Polis sedang siasat dari semua sudut termasuk unsur-unsur sabotaj berhubung kes kesilapan bendera Indonesia yang dicetak terbalik...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd