• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penyebaran Berita Palsu Perlu Dibanteras Segera

oleh AK-47
06/07/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SINGAPURA – Berita palsu walaupun hanya satu, perlu dibanteras segera penyebarannya, kata Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Datuk Seri Dr Sharifah Zarah Syed Ahmad.

“Jika tidak ditangani segera, ia bukan sahaja memudaratkan seseorang individu malah boleh memberi kesan kepada sesebuah negara,” kata beliau selepas mempengerusikan mesyuarat pertama Jawatankuasa Bersama Malaysia dan Singapura Mengenai Maklumat dan Komunikasi di sini hari ini.

Mesyuarat itu dipengerusikan bersama Setiausaha Tetap Kementerian Komunikasi dan Maklumat Singapura Gabriel Lim.

Katanya berita palsu, ekonomi digital, suis analog dan perayauan mudah alih antarabangsa merupakan empat topik yang dibincangkan dalam mesyuarat tersebut.

Dr Sharifah Zarah berkata kepantasan teknologi membuatkan usaha menghentikan penyebaran berita palsu “sedikit memeningkan” dan “tidak mudah untuk memberhentikan penyebarannya begitu saja.”

Menurut beliau satu daripada langkah itu, adalah rakyat perlu dididik untuk membezakan berita palsu dan berita yang benar.

Dr Sharifah Zarah kerajaan juga telah melancarkan laman portal SEBENARNYA.MY, sebuah portal yang mahu memaklumkan kesahihan berita yang tular di media sosial.

Menyifatkan mesyuarat pada hari ini sebagai berhasil, beliau berkata kedua-dua negara dapat berkongsi pengalaman dan idea bagi menangani masalah penyebaran berita palsu ini.

Malaysia dan Singapura menandatangani satu Memorandum Persefahaman tahun lepas bagi meningkatkan lagi kerjasama dua hala dalam bidang penerbitan filem dan televisyen, pembangunan maklumat komunikasi dan media, pertukaran berita, teknologi digital dan komunikasi kerajaan.

Turut hadir Pengurus Besar Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) Datuk Zulkefli Salleh.

Bersempena dengan mesyuarat itu, Singapura akan menjadi hos program Muzika Ekstravaganza malam esok.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak dan Menteri Komunikasi dan Maklumat Singapura Dr Yaacob Ibrahim akan menjadi tetamu kehormat pada program penerbitan bersama acara tahunan itu.

Program Muzika yang memasuki tahun ke-11 itu diterbitkan bersama oleh Radio Television Malaysia (RTM) dan Mediacorp Singapura. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Dr Sharifah Zarah Syed Ahmad
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Usaha Banteras Jenayah Perlu Ditambah Baik

12/08/2017
0

PUTRAJAYA - Mesyuarat Jawatankuasa Multimedia dan Komunikasi Korporat bagi program membanteras jenayah di bawah kerjasama National Blue Ocean Strategy antara kerajaan...

Warga KKMM Amal Budaya Kerja Ikhlas & Berintegriti

02/06/2017
0

KOTA BHARU - Warga Kementerian Komunikasi dan Multimedia perlu sentiasa mengamalkan budaya kerja ikhlas dan berintegriti dalam melaksanakan tugas. Ketua...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd