• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sayunya… 2 Anak Kecil Nangis Di Sisi Jenazah Ibu

oleh AK-47
06/07/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KULAI – Seorang guru wanita yang masih dalam pantang selepas bersalin ditemui meninggal dunia di rumah ketika bersendirian bersama dua orang anaknya yang masih lagi kecil.

Siti Rohana Redzuan, 36, yang mengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Putra, Kulai dijumpai suaminya dalam keadaan kaku di atas katil dipercayai mengalami masalah pendarahan dalaman.

Mayat wanita itu ditemui oleh suaminya pada pukul 8.30 malam kelmarin ketika pulang ke rumah setelah keluar bekerja pada 6.30 pagi.

Apa yang menyayat hati, ketika arwah ditemui, kedua-dua anaknya tetap berada di sisi wanita itu dan menangis sehingga tidak mengeluarkan suara.

Anaknya yang pertama juga dikatakan tetap menyusu pada badan ibunya kerana kelaparan walaupun wanita itu telah meninggal dunia.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Razak Md Said yang mengesahkan kejadian itu berkata, ketika lelaki itu keluar bekerja, isterinya sedang nyenyak tidur.

“Menurut suami wanita berkenaan, isterinya dalam tempoh bercuti selama lebih sebulan selepas melahirkan anak keduanya.

“Pihak Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim (HTSMTI) Kulai yang hadir di lokasi kejadian mengesahkan wanita itu sudah meninggal dunia.

“Ketika itu, kedua-dua anaknya termasuk yang sulung berusia 19 bulan berada di kiri dan kanan jenazahnya dalam keadaan terjaga,” katanya.

Menurut Razak, bedah siasat sudah dijalankan ke atas mayat guru berkenaan, semalam dan mengesahkan punca kematiannya adalah akibat paru-paru berair dan masalah jantung. – MYNEWSHUB.CC

*Video sekadar hiasan…

Tags: guru wanitakisah sedih
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Buruh Cabul Teman Wanita Kena Penjara

Guru Wanita Lebam Mata Ditumbuk Rakan Sekerja Lelaki

21/04/2024
0

CHUKAI: Seorang guru wanita cedera dipercayai akibat dipukul rakan sekerja di sebuah sekolah rendah di daerah Kemaman, hari ini. IKUTI...

Guru Wanita Rugi RM112,000 Terjerat Scam

Guru Wanita Rugi RM112,000 Terjerat Scam

03/07/2023
0

SIBU: Seorang guru wanita kerugian sebanyak RM112,000 selepas terjerat dengan sindiket penipuan panggilan telefon. Ikuti Mynewshub: Telegram Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd