MERAHSIAKAN percintaan mereka, pasangan Song yang terkenal menerusi gandingan drama bersiri popular Descendants of the Sun, Song Joong Ki dan Song Hye Kyo akhirnya mendedahkan mereka bakal disatukan pada 31 Oktober ini.
Menurut laporan portal Soompi, berita gembira itu diumumkan oleh wakil agensi pasangan tersebut iaitu Blossom Entertaiment dan United Artist Agency (UAA).
“Pertama sekali pihak kami ingin mengucapkan terima kasih kepada peminat Korea dan juga antarabangsa kepada pasangan berkenaan kerana memberikan sokongan kepada mereka.
“Bagaimanapun kami juga memohon supaya anda memahami situasi dan juga berita mengejutkan yang kami sampaikan ini.
“Song Joong Ki dan Song Hye Kyo bakal melangsungkan perkahwinan pada hari terakhir bulan Oktober 2017,” tulis kenyataan itu.

Pengumuman ini ternyata menggembirakan hati kedua-dua pelakon popular ini yang begitu sukakan gandingan mereka di on and off screen.
Malah, kisah perkahwinan mereka cukup direstui peminat di seluruh dunia termasuk juga peminat drama Korea di Malaysia.
Tahniah Song & Song! – MYNEWSHUB.CC

