• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hanya 6 Lapor Diri Latihan Pusat Skuad Bawah B-22

oleh AK-47
06/07/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Hanya enam pemain melapor diri pada hari pertama latihan pusat skuad Bawah 22 (B-22) negara daripada 26 senarai yang dipanggil oleh ketua jurulatih Datuk Ong Kim Swee.

Mereka ialah dua pemain Selangor, Muhammad Syahmi Safari dan Adam Nor Azlin; Irfan Zakaria dari Kuala Lumpur; Amierul Hakimi Awang (Terengganu), Danial Amier Norhisham (Felda United) dan Ahmad Khairil Anuar Zamri (Perak).

Pengurus Pasukan B-22, Datuk Mohd Yusoff Mahadi berkata kebanyakan pemain bakal melapor diri pada 12 Julai ini selain yakin Pahang dan Pulau Pinang akan melepaskan pemain mereka selewat-lewatnya sebelum 17 Julai.

Beliau berkata pihaknya sudah mengadakan siri perbincangan serta panggilan telefon bersama beberapa pasukan yang masih belum melepaskan pemain masing-masing dan kata sepakat mulai dicapai.

“Kita tinggal dua lagi pasukan yang masih belum memberi kata putus iaitu Pahang dan Pulau Pinang. Saya sudah bercakap dengan Tengku Muda Pahang (Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah) dan hasilnya seperti ada cahaya yang positif.

“Begitu juga dengan Pulau Pinang, saya sudah menghubungi Presiden FAP (Persatuan Bolasepak Pulau Pinang) Zairil Khir Johari dan nampaknya juga seperti ada kelonggaran sedikit untuk melepaskan pemain mereka,” katanya kepada pemberita hari ini.

Mohd Yusoff mengakui situasi itu mengundang masalah buat jurulatih apabila pemain melapor diri tidak secara serentak.

“Tetapi kita juga memikirkan kepentingan pemain berkenaan bersama pasukan yang akan bersaing dalam Liga Malaysia dan pada masa yang sama, pasukan juga sanggup melepaskan pemain mereka demi menggalas tugas negara,” katanya.

Sementara itu beliau berkata kemungkinan besar perlawanan persahabatan antara Malaysia B-22 dengan Myanmar B-22 yang dijadual berlangsung pada 13 Julai di Stadium Shah Alam akan ditangguh sehari.

Katanya ini berikutan majoriti pemain akan hanya melapor diri pada 12 Julai dan sekiranya perlawanan diteruskan, ia akan memberi sedikit kesukaran buat jurulatih bagi merencana strategi.

“Kalau kita boleh tangguh ke 14 Julai lebih baik kerana pemain akan lapor diri pada 12 Julai. Jika keesokannya sudah terus mahu lawan, ia agak sukar,” katanya. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Kalau Anak YB, VIP Baru Laju Mereka Buat Kerja” – Netizen

“Kalau Anak YB, VIP Baru Laju Mereka Buat Kerja” – Netizen

28/05/2026
0

JOHOR BAHRU – Hantaran seorang wanita dikenali sebagai Faridah Hanum yang meluahkan rasa kecewa terhadap layanan diterima di sebuah hospital...

Ramanan Seru Hayati Kisah Pengorbanan Nabi Ibrahim, Nabi Ismail A.S

Ramanan Seru Hayati Kisah Pengorbanan Nabi Ibrahim, Nabi Ismail A.S

27/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri R Ramanan menyeru masyarakat menghayati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd