• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Suspek MH17 Didakwa Di Belanda

oleh AK-47
06/07/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Malaysia bersetuju bahawa pendakwaan terhadap mereka yang bertanggungjawab bagi penembakan pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH17 di Ukraine pada 2014 dilakukan di Belanda.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata Malaysia bersama-sama dengan rakan dalam Pasukan Penyiasat Bersama (JIT) iaitu Belanda, Belgium, Ukraine dan Australia bersetuju mengenai pendakwaan nasional dibuat di Belanda sebagai proses yang efektif bagi memastikan kebertanggungjawaban untuk mematuhi standard tertinggi antarabangsa.

“Perbicaraan akan berlangsung dalam rangka prosiding keadilan jenayah Belanda berdasarkan undang-undang jenayah substantif dan prosedur,” kata beliau dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Liow berkata Perkhidmatan Pendakwaan Raya Belanda akan membuat keputusan yang perlu mengenai pendakwaan pada masa yang sesuai memandangkan siasatan jenayah berhubung insiden itu masih dijalankan.

Beliau berkata sistem perundangan Belanda memberi hak yang sewajarnya kepada keluarga terdekat untuk mengikuti dan mengambil bahagian dalam prosiding.

Liow berkata Belanda mengekalkan rangka perundangan bersama dengan banyak negara bagi bantuan perundangan dan ekstradisi, berdasarkan perjanjian pelbagai hala dan dua hala.

Kerjasama antara pihak berkuasa penyiasatan juga akan diteruskan dalam fasa pendakwaan, kata beliau.

“Melalui kerjasama ini Malaysia dilihat lebih tegas untuk mendapatkan keadilan. Sebagai sebahagian daripada JIT, Malaysia tetap berazam dalam usaha untuk mendakwa mereka yang bertanggungjawab bagi tragedi yang malang ini,” kata beliau.

Liow berkata memandangkan situasi geo politik yang rumit, maka adalah penting siasatan jenayah dijalankan secara bebas.

“Pada ketika ini, adalah terlalu awal untuk membuat spekulasi mengenai hasil siasatan,” kata beliau.

Liow berkata ketika kesedihan keluarga dan orang tersayang kepada mangsa MH17 tidak akan lenyap, Malaysia akan melakukan segala-gala yang mungkin untuk memastikan keadilan dilaksanakan secara bebas, adil dan telus.

“Kita tidak akan berganjak dalam usaha mencari kebenaran sehingga semua fakta diketahui dan keadilan dilaksanakan,” kata beliau.

Pesawat Boeing B777 itu, dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur dengan membawa 298 penumpang termasuk anak kapal, apabila ditembak jatuh di timur Ukraine pada 17 Julai, 2014. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Liow Tiong LaiMH17
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

MH17: 2 Warga Rusia, Seorang Warga Ukraine Dihukum Penjara Seumur Hidup

MH17: 2 Warga Rusia, Seorang Warga Ukraine Dihukum Penjara Seumur Hidup

18/11/2022
0

Amsterdam : Mahkamah Daerah The Hague, semalam menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup ke atas dua warga Rusia dan seorang warga...

Keputusan Perbicaraan MH17 Pukul 8.30 Malam Ini Waktu Malaysia

Keputusan Perbicaraan MH17 Pukul 8.30 Malam Ini Waktu Malaysia

17/11/2022
0

AMSTERDAM : Waris mangsa tragedi MH17 mahu pesalah diekstradisi dan menerima hukuman setimpal, selain menuntut mahkamah memperjelaskan peranan Russia dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd