• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KWSP Longgarkan Syarat Bayar Pinjaman Pendidikan

oleh AK-47
07/07/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Berkuat kuasa 21 Julai ini, lebih 70,000 pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) boleh menggunakan simpanan Akaun 2 bagi menyelesaikan baki pinjaman pendidikan, tanpa mengira tarikh kuat kuasa perjanjian pinjaman pendidikan masing-masing.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi) KWSP, Datuk Mohd Naim Daruwish berkata penambahbaikan di bawah Skim Pengeluaran Pendidikan itu akan menggantikan syarat semasa pengeluaran sebelum ini.

“Penambahbaikan ke atas polisi ini dilakukan setelah mengambil kira maklum balas ahli yang mengalami kesukaran untuk mengurangkan atau menyelesaikan baki pinjaman pendidikan menggunakan simpanan KWSP mereka,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sebelum ini syarat semasa untuk menyelesaikan baki pinjaman pembiayaan pengajian anak ahli di peringkat Ijazah dan ke atas serta yang setara dengannya ialah terhad bagi penjanjian pinjaman yang berkuat kuasa pada 1 April 2000 dan bagi menyelesaikan pembiayaan pengajian ahli di peringkat Diploma dan ke atas serta yang setara dengannya terhad bagi perjanjian pinjaman yang berkuat kuasa pada 2 Jan 2001.

Sementara itu, syarat bagi menyelesaikan pembiayaan pengajian ahli dan anak ahli di peringkat Diploma dan ke atas serta yang setara dengannya terhad bagi pinjaman yang berkuat kuasa pada 17 Jan 2006.

Selain daripada penambahbaikan tersebut, berkuat kuasa serta merta, ahli KWSP juga boleh mengemukakan borang permohonan pengeluaran 9B (AHL) untuk Pengeluaran Umur 50 Tahun, atau Pengeluaran Penuh/Sebahagian Umur 55 Tahun dan 60 Tahun satu bulan sebelum tarikh lahir masing-masing berbanding enam bulan sebelumnya.

“Sebelum membuat sebarang pengeluaran, kami menggalakkan ahli untuk mendapatkan nasihat percuma di kaunter Khidmat Nasihat Persaraan di mana-mana 18 cawangan seluruh Malaysia berkenaan jenis-jenis pengeluaran yang terbaik mengikut kehendak mereka,” katanya.

Mereka yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai perubahan polisi pengeluaran boleh menghubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di talian 03-89226000 atau layari laman web KWSP di www.kwsp.gov.my atau berkunjung ke mana-mana cawangan KWSP di seluruh negara. – BERNAMA

Tags: Datuk Mohd Naim DaruwishKWSPPinjaman Pendidikan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Benarkan Pengeluaran KWSP, Ini Bukan Main Politik – Shahidan

Benarkan Pengeluaran KWSP, Ini Bukan Main Politik – Shahidan

10/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim menggesa pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dibenarkan mengeluarkan sedikit...

Tak Boleh Pindahkan Semua Dividen Ke Akaun 3, Mesti Dikredit Ikut Akaun

Tak Boleh Pindahkan Semua Dividen Ke Akaun 3, Mesti Dikredit Ikut Akaun

28/02/2026
0

SUNGAI BULOH: Agihan dividen yang diumumkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dikreditkan terus ke dalam akaun masing-masing mengikut peruntukan undang-undang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd