• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PPS Baharu Untuk Mangsa Kebakaran Kampung Hidayat

oleh AK-47
05/07/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAWAU – Pusat penempatan sementara (PPS) baharu akan didirikan hari ini di hujung kampung di Kampung Hidayat, Batu 4 Jalan Apas di sini, sebagai penempatan semula mangsa kebakaran baru-baru ini.

Pengerusi Jawatankuasa Bencana Alam Daerah Alijus Sipil berkata pembukaan pusat itu turut diselaraskan dengan anggaran 50 khemah hasil sumbangan ihsan Kementerian Pertahanan (Mindef) melalui Tentera Darat Malaysia (TDM) akan didirikan di tanah seluas 0.8 hektar itu.

“Kita sebenarnya telah mengisytiharkan pusat penempatan sementara mangsa kebakaran KampungHidayat ini di Batu 2, Jalan Apas namun hingga hari ini belum ada keluarga mangsa kebakaran dari kampung ini berpindah ke sana.

“Ini mungkin disebabkan jarak yang jauh dan mereka mempunyai saudara-mara di kawasan ini jadi kerajaan negeri sedang memperkemas tapak baharu di hujung perkampungan ini hari ini untuk penempatan mangsa yang terlibat,’’ katanya.

Beliau merangkap Presiden Majlis Perbandaran Tawau ditemui pemberita selepas menyaksikan penyerahan khemah oleh TDM yang diwakili Timbalan Panglima 13 Briged (ESSCOM) Kolonel Abd Aziz Ismail kepada Jawatankuasa Sekretariat Bantuan Bencana Alam Daerah.

Alijus berkata, hanya mangsa kebakaran yang sangat memerlukan akan ditempatkan di khemah yang dijangka siap pemasangannya hari ini.

Sementara itu, Abd Aziz berkata 30 anggota tentera dari Kem Kukusan di sini terlibat membantu mangsakebakaran tersebut, iaitu 10 anggota terlibat menyediakan makanan, manakala 20 anggota lagi memasang khemah sementara.

Pada Sabtu lalu, sebanyak 261 rumah setinggan atas air musnah dalam kebakaran di Kampung Hidayat, Batu 2, Jalan Apas dan mengakibatkan 1,960 mangsa yang terdiri daripada 1,141 warganegara dan 819 bukan warganegara tinggal sehelai sepinggang. – BERNAMA

Tags: Alijus SipilMangsa KebakaranPPS
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pahang Catat Jumlah Mangsa Banjir Tertinggi, Lebih 10,000 Mangsa Ditempatkan Di PPS

Pahang Catat Jumlah Mangsa Banjir Tertinggi, Lebih 10,000 Mangsa Ditempatkan Di PPS

18/12/2025
0

KUALA LUMPUR - Hujan lebat berterusan menyaksikan jumlah mangsa banjir yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Pahang, Johor...

Banjir 7 Negeri: Pahang Paling Ramai Di PPS

Banjir 7 Negeri: Pahang Paling Ramai Di PPS

17/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Setakat jam 9.30 pagi ini terdapat 2,827 mangsa daripada 838 keluarga ditempatkan di 36 pusat pemindahan sementara (PPS)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd