• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Suspek Jual Hasil Curi Di Facebook Ditahan Di Bintulu

oleh Ahmad Albab
05/07/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MIRI – Polis percaya berjaya menyelesaikan beberapa kes pecah rumah di Bintulu berikutan tangkapan dua suspek lelaki rakyat tempatan di sebuah stesen minyak di Medan Jaya, Bintulu pada 6.30 petang semalam.

Ketua Polis Bintulu Supt Zailanni Amit berkata, kedua-dua suspek berusia 26 dan 29 tahun itu dipercayai terlibat dalam lima kes pecah rumah di kawasan perumahan MNLG Kidurong, Bintulu dengan seorang daripada suspek akan menjual hasil barangan dicuri melalui Facebook.

“Seorang lagi suspek akan menjual barangan curi di kedai menjual telefon bimbit,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Zailanni berkata polis turut merampas pelbagai barangan yang dimiliki suspek antaranya sebuah kereta, sebuah motosikal, komputer riba, lima telefon bimbit pelbagai jenis, tablet dan dua kamera.

“Suspek menjalankan aktiviti pada sebelah malam dengan menjadikan rumah yang ditinggalkan kosong sebagai sasaran,” katanya dan menambah permohonan reman akan dibuat hari ini. – BERNAMA

Tags: facebookKes Curi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

21/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Tony Pua memaklumkan beliau telah dipanggil pihak polis bagi memberi keterangan berhubung hantaran...

Waspada Akaun Palsu Tokmat Hasan

Waspada Akaun Palsu Tokmat Hasan

29/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan memaklumkan kewujudan akaun palsu menggunakan nama Tokmat Hasan. Beliau yang juga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd