• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Timbang Semula Larangan Eksport Kayu Getah

oleh AK-47
04/07/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan perlu menimbang semula larangan mengeksport kayu getah kerana ia akan memberi kesan buruk kepada pekebun kecil yang bergantung hidup dengan bahan tersebut.

Presiden Persatuan Kebangsaan Pekebun-Pekebun Kecil Malaysia (PKPKM), Datuk Aliasak Ambia berkata, isu kekurangan bahan mentah itu perlu dibincangkan secara terperinci selain mengambil kira kesannya kepada setiap sektor industri.

“Bukan sahaja sektor hiliran yang menerima kesannya, malah keseluruhan industri, terutama pekebun kecil getah yang menyumbang lebih 95 peratus daripada pengeluaran getah negara.

“Pekebun kecil getah sudah cukup terbeban dengan harga getah yang semakin jatuh, sehingga RM1.50 sekilogram untuk getah beku. Larangan ini akan meningkatkan beban, terutama kepada mereka yang mempunyai pokok tua dan mahu menjual pokok tersebut,” katanya dalam kenyataan media di sini, hari ini.

Aliasak berkata, PKPKM turut percaya dengan dakwaan pengusaha mengenai kekurangan kayu getah untuk kegunaan industri pembuatan perabot, namun menafikan kekurangan tersebut disebabkan aktiviti pengeksportan kayu getah.

Beliau berkata, kekurangan tersebut disebabkan beberapa faktor lain seperti kurang aktivti tanam semula pokok getah dan faktor tanah yang tidak subur selain penanaman getah yang tidak meluas di daerah Muar.

Menurutnya, sehingga 2008, pekebun kecil getah menikmati harga kayu getah yang tinggi, tetapi jatuh secara drastik selepas cukai eksport dilaksanakan.

“Pekebun kecil menikmati jualan harga kayu getah sehingga RM20,000 sehektar sebelum 2008, namun selepas cukai eksport dilaksanakan harganya jatuh sehingga RM 2,000 ke RM3,000 sehektar, berbeza dengan negara Thailand yang masih menikmati harga kayu getah yang tinggi sehingga kini.

“Larangan ini akan menambah lagi beban mereka terutama untuk aktviti penanaman semula,” kata Aliasak. – BERNAMA

Tags: Datuk Aliasak AmbiaKayu GetahPKPKM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd