• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

14,000 Polis Ditugaskan Sepanjang Sukan SEA

oleh AK-47
06/07/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SETIU – Seramai 14,000 pegawai dan anggota polis akan ditugaskan sepanjang penganjuran Sukan SEA ke-29 atau Kuala Lumpur 2017 yang bakal berlangsung Ogos depan.

Timbalan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman (Gerakan), Datuk Azizan Abd Aziz berkata kesemua mereka ditugaskan menjaga keselamatan dan memastikan suasana terkawal sepanjang acara sukan itu berlangsung.

Katanya pasukan keselamatan ini akan ditempatkan di lokasi tumpuan di Kuala Lumpur seperti Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur City Centre (KLCC) dan juga Nilai, Negeri Sembilan.

“Pada masa yang sama kami turut menggembleng kekuatan anggota dan pegawai polis ini di venue lain yang terlibat seperti di Terengganu dan di Pulau Langkawi, Kedah.

“Selain kekuatan tenaga segala aset yang ada juga telah bersiap sedia untuk digunakan pada sukan itu nanti bermula 19 hingga 30 Ogos ini,” katanya.

Azizan berkata demikian kepada pemberita selepas Latihamal Ex-Rimau PDRM 2017 di Terengganu International Endurance Park (TIEP), Lembah Bidong, di sini, hari ini.

Dalam siri latihan itu seramai 371 anggota dan pegawai PDRM terlibat berkampung di situ bermula 2 Julai lalu hingga hari ini.

Ia dilaksanakan di kawasan itu berikutan TIEP terpilih sebagai venue bagi acara lumba kuda pada temasya dwitahunan itu nanti.

Azizan berkata latihan itu dilaksanakan sebagai persiapan mennghadapi sebarang krisis dan ancaman yang mungkin berlaku sepanjang kejohanan sukan itu berlangsung.

“Jadi bengkel dan kelas diadakan berdasarkan senario yang dijangka berlaku pada kejohanan sukan itu nanti dan menjadi ujian melihat keberkesanan perancangan dan tindakan pihak polis bagi menghadapi ancaman keselamatan,” katanya.

Azizan berkata setakat ini sebanyak tiga latihan serupa telah dilaksanakan di Bukit Jalil, Langkawi dan Setiu. – BERNAMA

Tags: Sukan SEA
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sukan SEA 2025: Prestasi Malaysia Meningkat, Namun Masih Perlu Dinilai Secara Realistik

Sukan SEA 2025: Prestasi Malaysia Meningkat, Namun Masih Perlu Dinilai Secara Realistik

20/12/2025
0

Petikan Channel WhatsApp Lim Sian See   Tahniah kpd semua pegawai & atlet negara, sama ada berjaya atau tidak, atas...

SEA Games 2025 Di Thailand Dibayangi Kontroversi, Isu Penipuan & Keputusan Dipertikai

SEA Games 2025 Di Thailand Dibayangi Kontroversi, Isu Penipuan & Keputusan Dipertikai

19/12/2025
0

BANGKOK: Penganjuran Sukan SEA 2025 di Thailand kini berdepan pelbagai kontroversi susulan beberapa insiden yang mencetuskan persoalan terhadap integriti pertandingan,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd