• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KL2017: Mekanisme Baharu Undian Disetujui FAM

oleh AK-47
03/07/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) hari ini mencapai persetujuan berhubung mekanisme baharu undian acara bola sepak Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) yang akan berlangsung dari 19 hingga 30 Ogos.

Setiausaha Agung FAM Datuk Hamidin Mohd Amin berkata persetujuan itu dicapai dalam mesyuarat bersama Majlis Olimpik Malaysia (MOM) dan Jawatankuasa Pengelola Sukan SEA Malaysia (Masoc) susulan bantahan Vietnam dan Laos terhadap cadangan FAM yang mahu Malaysia diberi keistimewaan untuk bebas memilih kumpulan selepas proses undian dibuat.

“Mekanisme baharu yang akan dilaksanakan pada majlis undian acara bola sepak KL2017 pada Sabtu ini, diharap tidak akan menimbulkan lagi rasa tidak puas hati beberapa negara bertanding.

“Ini kerana, kedudukan dan susunan pasukan pilihan bagi setiap balang dalam mekanisme baharu undian ini diambil kira berdasarkan kedudukan dan prestasi setiap pasukan pada temasya edisi sebelum ini di Sukan SEA 2015 di Singapura,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mekanisme undian baharu itu menyaksikan Malaysia sebagai pasukan tuan rumah akan diletakkan dalam Kumpulan A dan juara bertahan Thailand pada Kumpulan B, manakala undian bagi pasukan seterusnya akan dibuat berdasarkan pencapaian di Sukan SEA 2015.

“Jika dilihat, mekanisme undian ini sama seperti yang dilakukan di Singapura dengan susunan pasukan bagi kedudukan undian berdasarkan pencapaian pasukan pada Sukan SEA edisi sebelumnya,” kata beliau.

Hamidin berkata mekanisme baharu undian berkenaan akan dihantar ke Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) bagi mendapat kelulusan sebelum diguna pakai pada majlis undian, Sabtu ini. – BERNAMA

Tags: FAMFAM Datuk Hamidin Mohd Amin
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pendaftaran Pemain Naturalisasi Dan Pemain Warisan Dua Perkara Berbeza – MFL

Pendaftaran Pemain Naturalisasi Dan Pemain Warisan Dua Perkara Berbeza – MFL

18/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) sekali lagi menegaskan pendaftaran pemain kelab Johor Darul Ta’zim (JDT)...

Tunku Mahkota Ismail Dedah Ada Pihak Dalam FAM Tak Puas Hati Tak Dapat Buat Duit, Minta Projek 

Tunku Mahkota Ismail Dedah Ada Pihak Dalam FAM Tak Puas Hati Tak Dapat Buat Duit, Minta Projek 

10/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Mahkota Ismail mendedahkan terdapat beberapa pihak dalam Persatuan Bolasepak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd