• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Operasi Mencari Mangsa Lemas Di Dungun Diperluas

oleh AK-47
03/07/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Operasi mencari dan menyelamat seorang pelajar tingkatan dua yang dikhuatiri lemas di kawasan lubuk Sungai Kampung Delong, Dungun diperluaskan sehingga jarak tiga kilometer.

Ketua Polis Daerah Dungun, Supt. Ahmad Zailani Yaacob berkata operasi yang memasuki hari kedua hari ini turut menggunakan khidmat dua ekor anjing pengesan dari Jabatan Bomba dan Penyelamat.

“Namun sehingga kini kita tidak menemui sebarang petunjuk untuk mengesan mangsa walaupun kawasan pencarian telah dipertingkat dengan bantuan anjing pengesan.

“Selain pencarian di air pasukan penyelamat turut melakukan pencarian di sepanjang pesisir sungai,” katanya ketika dihubungi Bernama, di sini.

Semalam mangsa Che Wan Haziq Haikal Che Wan Othman, 14, dipercayai lemas, kira-kira 6.45 petang selepas dikatakan bermain bola berhampiran sungai berkenaan bersama rakan-rakannya.

Mangsa, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Pulut, Dungun itu dikatakan terjun ke dalam sungai itu untuk mengambil bola yang disepak oleh rakannya sebelum hilang dibawa arus.

Ahmad Zailani dalam pada itu berkata operasi yang bersambung kira-kira pukul 8 pagi tadi melibatkan 47 kekuatan terdiri daripada polis, bomba, pasukan mencari dan menyelamat Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu, anggota Angkatan Pertahanan Awam dan penduduk kampung. – BERNAMA

Tags: lemasSupt Ahmad Zailani Yaacob
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Terjatuh Di Empangan Sultan Azlan Shah Ditemui Meninggal Dunia

Lelaki Terjatuh Di Empangan Sultan Azlan Shah Ditemui Meninggal Dunia

05/03/2026
0

IPOH – Misteri kehilangan seorang lelaki selepas dipercayai terjatuh di Empangan Sultan Azlan Shah pada 27 Februari lalu akhirnya terungkai...

Hero Lemas Selepas Menyelamatkan Orang Lain

Hero Lemas Selepas Menyelamatkan Orang Lain

12/01/2026
0

Tragedi Di Sungai Kedondong Jadi Amaran Keras Kepada Orang Awam IPOH – Seorang lelaki berbangsa India berusia lingkungan 20-an disahkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd