• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hentikan Spekulasi Mengenai Pengharaman DAP

oleh AK-47
04/07/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi meminta pemimpin-pemimpin DAP agar menghentikan spekulasi kononnya parti pembangkang itu akan diharamkan oleh pihak Pendaftar Pertubuhan (RoS).

“Saya berharap DAP tidak akan membuat sebarang spekulasi mengenainya, apatah lagi ada yang beranggapan bahawa ada usaha daripada RoS untuk mengharamkan parti berkenaan,” katanya pada sidang media ketika mengadakan kunjungan Gawai Dayak ke kediaman Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas di Taman BDC, Stampin sini hari ini.

Beliau berkata RoS ada menerima permohonan daripada Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng supaya kepimpinan DAP mengikuti pemilihan parti yang terdahulu, diterima sebagai pemegang jawatan yang sah.

“Perkara ini telah dikaji secara terperinci oleh RoS dan mereka bukan sahaja mengkaji daripada aspek-aspek perundangan tetapi RoS juga berperanan untuk menjaga kepentingan mana–mana pertubuhan yang berdaftar dengannya.

“Dalam hal ini saya telah berbincang dengan Ketua Pengarah RoS dan saya belum dapat penjelasan untuk memuktamadkan tentang keputusan rayuan yang dibuat DAP,” katanya.

Sehubungan itu, Zahid berkata beliau akan mengadakan pertemuan dengan Ketua Pengarah RoS minggu hadapan.

Mengenai kemungkinan DAP akan dibubarkan, Zahid berkata beliau tidak nampak ada usaha ke arah itu.

“Ia bergantung kepada aspek perundangan yang sedia ada dan aspek perlembagaan parti berkenaan.

“Pada hemat saya, apabila peraturan itu tidak dipatuhi oleh kepimpinan DAP yang perlembagaan parti itu dibuat oleh mereka sendiri, maka RoS boleh mengambil keputusan yang profesional mengikut apa yang dicatat di dalam perlembagaan parti berkenaan,” katanya.

Sebelum ini, penasihat DAP Lim Kit Siang meminta anggota parti itu agar bersiap sedia menghadapi kemungkinan DAP diharamkan dan begitu juga penggunaan logonya pada pilihan raya umum akan datang.

Sementara itu, diminta mengulas tindakan kerajaan negeri Sarawak untuk menghantar pasukan petugasnya ke London untuk membuat penyelidikan mengenai Perjanjian Malaysia 1963, Zahid berkata adalah menjadi hak kerajaan Sarawak dan Sabah untuk melihat aspek-aspek perundangan dan persefahaman sosial yang membawa kepada termaktubnya Perjanjian Malaysia 1963.

“Kita di peringkat kerajaan persekutuan berfikiran terbuka dan lapang dada untuk menerima maklum balas yang akan diperolehi oleh kerajaan negeri Sarawak melalui usaha yang dilakukan,” katanya.

Beliau berkata tidak ada isu yang tidak boleh dirungkai dan diselesaikan dan menambah bahawa kerajaan pusat bersedia untuk mengadakan perundingan dengan kerajaan negeri Sarawak apabila menerima maklumat hasil daripada dokumen dan penyelidikan oleh pasukan petugas berkenaan. – BERNAMA

Tags: DAP
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Veteran UMNO Desak Keluar Kerajaan, Sudah Lama Bersabar Dituduh Kuda Tunggangan DAP

Veteran UMNO Desak Keluar Kerajaan, Sudah Lama Bersabar Dituduh Kuda Tunggangan DAP

20/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Veteran UMNO mendesak parti itu membuat keputusan keluar dari kerajaan sekarang demi maruah Melayu dan parti. Setiausahanya,...

Sejak DAP Ada Kuasa, Sedikit Demi Sedikit Mereka Cuba Ubah – Afnan Hamimi

Sejak DAP Ada Kuasa, Sedikit Demi Sedikit Mereka Cuba Ubah – Afnan Hamimi

20/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda Pas, Afnan Hamimi Taib Azamudden menyifatkan DAP kebelakangan ini semakin biadap dengan menyanggah titah raja...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd